Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Rabu, Jun 27, 2007

Kembali sebagai pelajar U...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, permohonan hubby aku berjaya jugak akhirnya untuk sambung belajar.. Walaupun borang permohonan lewat diterima, di isi dan dihantar, namun rezeki menyebelahi dia.. Syukur alhamdulillah...

Dia dapat kursus Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah... di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Tarikh lapor diri ialah pada 9 Julai 2007 di Menara MPAJ... so, maknanya tinggal seminggu lagilah urusan2 dia di pejabat perlu diselesaikan sebab hubby aku nih dapat mengikuti kursus ini sepenuh masa sehingga 9 bulan...

Alhamdulillah, kali nih walaupun hubby aku kembali jadi student, yang bestnya dia dpt gaji penuh macam biasa.. Alhamdulillah, rezeki... Kos pembayaran jadi pelajar kali ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan hubby aku.. Alhamdulillah... rezeki anak jugak lah kot.. :)

Hope hubby aku dapat jadi student yg lebih cemerlang.. InsyaAllah...