Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Rabu, September 24, 2008

Salam Ramadhan 1429H

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik... hari ni dah masuk hari ke-24 umat Islam Malaysia berpuasa... Syukur padamu Ya Allah...

sejak bermulanya ramadhan thn ni, aku dah mula survive tanpa hubby di sisi... Husband aku dpt jawatan dan penempatan baru . syukur alhamdulillah... Penempatan baru dia kini adalah di Pusat Serenti Tampin Melaka.... Perjalanan dengan motor kapcai dia 'honda wave 125' berjaya mengambil masa selama 2 jam antara PST dengan umah sewa di Bandar Tun Razak...

Mula-mula, memang teribble rasanya... semuanya perlu dilakukan sendirian... sedih, sayu, rindu toksah kata.. Memang baby ada dengan aku.. namun itulah salah satu punca aku berperasaan sedemikian.. ragam baby pada mulanya seakan merajuk dengan abahnya yang tidak pulang setelah 3 hari... ragam baby berubah pada hari ke5 dengan merapatkan handphone ke mulutnya...seolah-olah mencium abahnya yang hanya kelihatan gambar statik di handphone aku... panggilan 3G (video call) tak dapat dilakukan sebab area Tampin takde 3G. Menitis gak aaa air mata aku melihatkan tindakan baby... Kini, kami agak tabah dan ragam baby mulai seolah-olah memahami situasi yang baru..

Izzah tidak pandai merangkak... namun menyusur ke depan.. dah agak laju mengejar terutama apabila aku di dapur...Mujur siaran astro oasis melekakan dia dengan tayangan bacaan al-Quran...zikir2 dan alunan merdu azan... tika itu dptlah aku buat aktiviti aku di mana jua samada di bilik mahupun di dapur.

Bulan poser ni pastinya teringatkan abang dgn famili dia yg jauh di Wales... Konpem tak balik lagi lah raya kali ni.. semalam kali ke-2 kiriman bungkusan secara pos laju dihantar ke sana... Semoga bungkusan tersebut akan diterima dengan selamat sebelum tibanya syawal.. sebab aku belikan baju melayu untuk abg terchenta.... anak2 dia dengan kakak ipar aku dah ada pakaian raya dari famili mertua abg aku... so, aku belikanlah utk abg aku baju melayu.. anak2 sedara aku kirimkan kain pelikat..ntahlah maybe besar lagi tuk dipakai... kakak ipar aku..akan dpt tudung dgn brooch... moga gembira di Aidilfitri kali ni...khabarnya akan ambil kesempatan bercuti ke Paris.. takpelah.. balik Mesia mana sempat sekadar cuti 2 hari kan..

Planning aku untuk pulang beraya... Hajat untuk balik beraya ke rumah mertua tak dpt dipenuhi...sebab hubby aku keje untuk raya pertama dan raya ke-2.... InsyaAllah kami akan gerak ke Taiping pada hari raya ke-3. Oleh kerana kami berjauhan, rancangan pergerakan hanya dilakukan setelah hubby aku kembali ke KL merangkap menjemput kami ke kampung Melaka.... Tindakan tersebut memudahkan perjalanan seterusnya kerana kini hubby aku menggunakan motornya sebagai kenderaan rasmi.. jadi kenalah parking motor tersebut di rumah dan mulakan semua perjalanan dengan kereta rasmi kami yg sedia ada... Mudah pada aku adalah setelah kembali dari kampung Taiping...aku tak perlulah menghantar hubby ke Melaka..malahan perjalanan hubby ke tempat kerja nya akan bermula dari rumah sewa... sekurang-kurangnya dia pun lega menunaikan tanggungjawab dengan membawa kami ke kampung... aku pun belum penah mulakan memandu sendirian dengan baby ke kampung...perjalanan paling jauh pun dengan jarak antara putrajaya - BTR aje...

Hari ni aku kena minta excuse dari bos untuk ke klinik... mata Izzah bengkak ntah kenapa.. kebetulan batuk aku kian mengeras dan memedihkan... Harap tak de yg serius....

Oklah.. semoga ujian di bulan yang mulia ini dapat dihadapi dengan tenang dan tabah dalam menuju keredhaan yang maha Esa...