Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Oktober 09, 2008

Salam Lebaran 1429H

Assalamualaikum...

Mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Salam Aidilfitri' serta maaf zahir batin buat semua ahli keluarga, rakan-rakan serta pada yg mengenali aku...

Tugasan yang banyak serta padat tidak mengizinkan aku untuk saling menghubungi rakan2 mahupun ahli keluarga seperti lazimnya.. tugasan di pejabat, apatah lagi mengejar masa untuk bersama insan tersayang di rumah...walaupun kini dia hanya berumur 9 bulan, namun kelewatan menjemputnya dari rumah pengasuh..seolah-olah menunjukkan rajuknya pada aku, yang kini hanya bersama abahnya di hujung minggu...

Pada 6hb yg lepas, satu kiriman sms diterima dan aku pun belilah suratkhabar kosmo sepertimana yg dimaklumkan... sebab ada gambar abg aku dengan famili dia kat wales sana.. dia hantar gambar dalam ruangan salam perantauan... yg bestnya siap pakai baju raya.. abg aku pakai baju dan kakak ipar aku pakai tudung yg aku belikan!!! seronok betullah!!! sume pakai warna sedondon.. ungu... warna tema raya diorang tahun ni... warna tema famili aku lak biru.. sebab aku ada banyak baju baru warna biru... hahaha...

Hari ini masuk hari yg ke-9, umat Islam di Malaysia meraikan Syawal 1429H...dpt lak berita yg tak best.... salah sorang rakan setugas meninggal dunia... aku rasa sedih sangat.. sebab terasa benor kehilangan dia...dialah antara yg mempekenalkan aku dengan dunia game pingpong di alam bekerja ni..sejak aku join opis ni.. dialah yg mula2 bawa aku ke penang...mlk... langkawi.. merata lah jugak aku merantau dgn dia... la ni tugasan kerja pejabat pun selalu deal dengan dia.. apapun, semuanya takdir yang telah ditentukan.. salam takziah buat keluarga En. Taufan... Moga roh beliau dirahmati dan diberkati... Al-Fatihah untuk beliau...