Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Rabu, Disember 26, 2007

Doakanlah....

Assalamualaikum...

Hari nih 26hb/12, yang mana mungkin merupakan hari terakhir check up baby... walaupun hanya 38 minggu...

minggu lepas, sehari sebelum hari raya korban... aku gi check up seperti yg dijadualkan... sekali, dr detect plasenta berada di bawah (level 1)... oleh itu, dr taknak amek risiko.. dia dah plan tuk buat sesi operation pada 27hb iaitu esok.. aku terus blur... sebab selama nih semuanya takde masalah...semuanya normal... cuak ada... takut ada... sedih ada.. semuanyalah...

agaknya, dr tgk riak muka aku berlainan... dia sruh aku dtg tuk check up sebelum admit.. iaitu hari ni...26hb/12... harap2 usaha yg dilaksanakan... dapat diberikan harapan untuk aku bersalin normal...

Apapun, di sini aku ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga pada hubby aku yg banyak memberikan sokongan walau apa jua langkah bg melahirkan baby ini...

Secara tak rasmi... ulangtahun dikau yg ke-30 telah diraikan dengan meriahnya di umah Bandar Tun Hussein On dengan ahli keluargaku pada 25hb.... Semoga dikau bergembira dan doaku agar dikau bahagia sehingga ke akhir hayat..

Sempena besday rasmi hubby aku pada 27hb.. Yah ucapkan 'Selamat Hari Ulangtahun yang ke-30' .... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... Maaflah coz kali nih Yah tak berkesempatan untuk belikan hadiah sempena besday abg... Jika baby ini tetap lahir pada 27hb... itulah hadiah yg dapat diberikan tahun ini....

Semoga doamu dan rakan-rakan serta ahli keluarga memberkati semuanya... InsyaAllah...

Buat semua ahli keluarga, rakan-rakan serta yg mengenali diri ini.. aku mohon ampun dan maaf atas apa jua kesilapan dan kesalahan yang pernah aku lakukan.... Mohon doakan agar aku selamat melahirkan cahayamata kami yg pertama ini dari kalian semua...

Kalau apa jua yg terjadi... maafkan aku.. halalkan makan minumku...

Wassalam...