Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Disember 24, 2009

Perancangan 27 Disember 2009...

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, tarikh 27 haribulan nanti, genaplah umur Haziqah 2 tahun... Agaknya macamana pula lagak dia, lawak dia, tingkah dia lepas berumur 2 tahun ni, erk...

Sebelum ni dia meniarap, menyusur, merangkak, berjalan dan melompat kini makin cergas berlari... demam, baik, demam baik... itulah yg menjadikan aku lebihkan perhatian ke arah demam 'nak pandai' dia tu... Kini, setiap kali naik kereta... dia pun sibuklah nak tekan dvd player nak tengok movie 'Upin Ipin the movie'... punyalah khusyuk.. walaupun sampai umah tetap taknak keluar dari kereta.. sanggup dia menangis merengek bila aku offkan sumenya...

Sebelum ni kalau tayangan kartun, hanya cerita 'Wonderpets' sahaja yang menarik minat dia... kalau cerita lain, dia buat tak tau aje... Kini, paling dia minat cerita Mickey Mouse, Mr Bean (live mahupun kartun), Winnie the Pooh, Upin Ipin. Jika waktu tayangan serentak dengan siaran kegemaran aku astro, terpaksalah aku korbankan. Kalau tak... dengarlah rengekan mengadanya. Kalau hubby call waktu dia menonton rancangan kegemarannya, dia akan buat tak tau aje...pernah juga dia campak handphone aku tu sebab taknak gangguan menonton kartun kegemarannya...

Merangkap pada tarikh yang sama juga adalah tarikh ulangtahun hubby yg ke-32. Tarikh lahir dia kat ic ... 25/12 tapi sebenarnya 27/12... Selalunya aku wish kat dia 2 kali.. tapi kali ni, aku nak buat tak tau aje esok hari... kalau dia bgtau.. ada 'someone' wish besday kat dia.. aku nak try senyum aje.. hehehe..

Aku mmg ada plan nak buat 'special event' tuk diorang ni... Macam thn lepas, hajat di hati nak buat kenduri sikit.. sempena besday hubby n anak aku... dah masuk umah baru/sendiri... doa selamat, kesyukuran dan tahlil sket, abah pun dah keluar wad... tapi blom lagi rancang bebetul.. biasalah... nak buat suprise tapi tak minta izin hubby... tu yg payah jadinya... Bukan nak buat besar2.. sekadar ahli keluarga, jiran-jiran dan kawan2 rapat aje... so, kalau ada jemputan thru sms... jadilah tu... hehehe...

Awal pagi tadi, hubby ada tanya.. nak buat makan2 tak tuk besday haziqah tak?.. aku cuma jawab 'terpulanglah'... hehehe.. nak tgk gak perancangan hubby aku ni camner... masa cuti raya haji hari tu, aku ada minta kerjasama Ila (adik ipar) tuk bawa mertua dan keluarga ke Kajang tuk buat suprise kat hubby merangkap buat 'special event' tu... tapi kebetulan abah tak sihat dan baru keluar wad.. so tak taulah camner planning tu...

so tadi aku gi Sogo (tempat shopping aku yang paling 'best' - selalu gi). Servey tuk beli hadiah Haziqah n hubby... so, sambarlah Winnie the Pooh tuk Haziqah... dan sehelai baju batik tuk hubby.. ntahla.. dah tak tau nak beli apa... Harap2 diorang suka la... hehhehe.. nanti leh update feedback diorang lak.. hehehe...

Apapun... di sini aku ambil kesempatan tuk ucapkan ;
- tuk hubby "Selamat Hari Ulangtahun sayang... Semoga dikurniakan kesihatan yang cemerlang, dimurahkan rezeki dan memperbanyakkan ibadat agar kehidupan mendatang lebih diberkati oleh Illahi"
- tuk Haziqah " Ummi ucapkan selamat hari lahir yg ke-2 tahun... Ummi doakan agar anak ummi akan jadi anak yang berguna, beriman, cergas, sihat, bijak, solehah dan diberkati Illahi"

Khamis, Disember 17, 2009

Tanggal 1 Muharram 1431H...

Assalamualaikum...

Salam Muharram untuk semua .. Selamat tahun baru... Semoga di tahun ini, amal ibadat dapat diperbanyakkan, diredhai dan dirahmati oleh Nya... InsyaAllah...

Hari ni perjalanan ke rumah rasanya agak sesak, gara-gara esok hari cuti. Tambahan lagi malam ni ada perlawanan akhir bola sepak sukan sea di Vietnam... Ramailah peminat bola yang rushing balik tuk menonton kot.. hehhehe...

Hari ni aku terpaksa balik lambat.. dah minta jasa baik jiran aku tuk amek Haziqah dari taska.. TQ Zue... la ni, aku masih di pejabat menunggu hubby terchenta.. Emm, permulaan tahun baru kali ini, aku masih di pejabat... Wah!! Bacalah doa sorang-sorang kat pejabat... :)

Hari ni, genap seminggu FIL masuk wad gara-gara diserang stroke...sebelah kanan... Minggu lepas, aku dengan hubby ke hospital... Kelihatan abah happy tgk anak cucu balik kot... Masa tu, dia dah boleh menggerakkan tangan dan kakinya...

Smalam, dapat berita tambahan yang mana FIL ada masalah jantung... Memang aku sebak.. Sebak sangat... bengkak gak aa mata ni... takleh pk pasal keje pagi tadi.. Yelah, aku dapat menumpang kasih sayang abah sejak aku kawin, sebab arwah Pak aku takde sejak aku dlm tingkatan 2... Status abah samada akan berhijrah ke IJN atau tidak masih KIV... So, rasanya kami akan ke Lumut lagi dalam masa terdekat ni bagi melawat dia dan mendapatkan status terkini.

Mohon doakan yang terbaik... Amin!!