Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Isnin, Oktober 26, 2009

Basikal baru Haziqah...

Assalamualaikum...

Jumaat lepas aku mc sebab sakit perut.. kena gastrik... Paginya, hubby dah gi kerja so tinggallah aku dengan Haziqah... Kesian gak kat dia... tak dpt aku nak bg perhatian sebab sakit... Nak hantar ke taska, aku tak larat nak bangun, camne nak hantar dia kan... merengek la dia tgk aku melepek aje...

So, pagi tu.. lepas bancuhkan susu.. aku switch on tv... bukakan siaran kartun... dia dengan penuh perhatian tgk tv.. aku layan ubat dan tido... lepas rasa segar sket.. aku pun siapkan dia dan hantar dia ke taska...

Aku terus keluar membuat urusan seterusnya... makan, beli pampers dia, ke kedai tailor aku (tapi baju tak siap lagi) kat Bangi... tup-tup, aku belilah basikal tuk anak aku tu... sebab kalau gi umah jiran-jiran yang kebetulan ada basikal kaler2 ni.. mmg dia menunjukkan minat yg mendalam.. hehehhe...

Setelah sesi tawar menawar.. belek membelek... aku pun sambarlah satu... bila sakit tu serang.. aku hanya mendiamkan diri menahan sakit.. kemudian reda aje.. cepat-cepat aku gerak balik ke rumah...

Sekembalinya dia dari taska, terserlahlah keseronokan dia tatkala ternampak basikal tersebut...

Kejohanan MAKSWIP 2009...

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang baru berlalu adalah kejohanan MAKSWIP di dewan JKR, KL. Aku dengan tak berlatihnya turut menyertai kejohanan tersebut. Pastinya aku adalah sasaran untuk ditewaskan... Kali terakhir aku pegang bad pingpong pada awal bulan 2, 2009. Itupun kat Port Dickson masa aku bercuti bersama famili... Lepas tu, aku sibuk dengan kerja, pindah rumah, kes pecah rumah, anak tak sihat, puasa, raya... Tup-tup dah ada kejohanan... Yang pastinya ramai peserta yang kelihatan bersungguh.. mesti diorang selalu training... tak macam aku.. buat malu aje...

Baru-baru ni, aku ada surfing berkenaan pingpong, kononnya nak berikan tumpuan... InsyaAllah... Hubby aku sporting, cumanya dia tak dpt nak temankan aku sepanjang masa due to kerja dia... dia dah berikan 'green light', so pepandailah aku sendiri untuk cari port ke, teman sparring ke, coach ker... Emmm... Kalau ada saper-saper yg sudi menjadi partner sparring... YM la aku dengan YM id puzie19@yahoo.com . Leh kita bincang tarikh, tempat dan masa yang sesuai...

Teringin gak nak jadi org yg terror main pingpong ni... tapi tak terror-terror jugak... Emmm....
>(@-@)<

Selasa, Oktober 13, 2009

Makan makan makan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, selesai sudah majlis jamuan Aidilfitri yang direncanakan sebelum ini... Terima kasih yang tak terhingga buat Mak Moon, Kak uda, Abg Sham, adik aku... dan pembantu rumah kak uda... serta anak-anak sedara... atas bantuan persediaan sesi jamuan di rumah baru aku...

Senarai menu yang berjaya dihasilkan;
- Nasi putih dan lauk pauk; asam pedas ikan, ulam, sambal belacan, kari ayam dan ayam kampung masak lemak rebung, salad coslow
- Mi Soto dan begedil
- Nasi impit, rendang
- Roti jala
- Tapai
- Cucur pisang
- Buah Tembikai
- Air sirap/oren sunquick
- Air masak
- Biskut raya / kerepek

Menu tersebut ada lebihan sikit dan dapat untuk menu sarapan pagi keesokan hari...

Antara tetamu yang hadir;
- Mak Moon... Mak Mah dengan abah tak dapat dtg (keluarga mertua tak dpt dtg.. )..
- Pakcik Makip, Mak Kiah dengan Ajib..
- Adik beradik (aku); Abg Jenal, Kak Ngah (dtg sehari awal - then balik Mlk, tinggal Syahril dengan Syahirah), Kak Uda sekeluarga, Abg Bakar dengan anak-anak, Abg Wahid dengan Syafiq, Aziz dengan Ruby, Munira & tunangnya...
- Sedara Hubby; Pak Teh sekeluarga, Pak Ndak sekeluarga, Kak Ana dengan anak-anak...
- Kawan opis aku; Kak Lia sekeluarga, Kak Su sekeluarga, Abg Ujang sekeluarga, Kak Zaini dan suami, Kak Jamie dan anak-anak, Kak Yam sekeluarga, Kak Wira sekeluarga, Zainurin sekeluarga, Abg Mizi sekeluarga, Azham sekeluarga, Azrul Hisham sekeluarga, Yunos dgn kawan2nya, Acap (Esset) dengan isteri, Puan Maizura dengan suami, Ruby dengan Siti Zulhijah, Kak Haslina sekeluarga, En Azizan sekeluarga...
- Taska Anna - Owner taska dan semua penjaga serta anak-anak..
- Kawan opis Hubby - Tampin...
- Jiran kitorang (TPS); Nik sekeluarga, Abg Faidzal sekeluarga, Saipul sekeluarga, Ghiya dan isteri, Abg Zul dan isteri, Cikgu Hazman sekeluarga, En Shuib sekeluarga, Zue sekeluarga, Lokman sekeluarga, Cikgu sekeluarga, Kak Zulliah serta adiknya sekeluarga, Pak On sekeluarga...
- Kawan kitorang; Yuslyna sekeluarga, Abg Jijol sekeluarga, YB sekeluarga, Kak Nad, Kak Anim sekeluarga (BTHO), Ungku Mardiah sekeluarga, Ustaz sekeluarga, Mr Joe sekeluarga...
- Sepupu aku ; Kak Yong sekeluarga, Hamzah...
- BTR; Abg Ajib sekeluarga...

Yang tak datang tu, takpe.. lain kali leh dtg juga... cuma kali ni aje la yg nampak cam meriah sket...

Lega dan seronok apabila sesi ni berjalan dengan lancar... Mak Moon pun dah pulang ke Melaka by Isnin petang... :)

Isnin, Oktober 05, 2009

Jamuan Aidilfitri 1430H...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersempena Aidilfitri 1430H, kami mengambil kesempatan untuk mengundang tuan/puan sekeluarga menjamu selera di;
Tempat: No 18, Jalan Pinggiran Sekamat, Tmn Pinggiran Sekamat, Kajang Selangor.
Tarikh(Hari): 11/10/2009 (Ahad)
Masa: Mulai jam 2 petang.

Semoga kehadiran Tuan/Puan sekeluarga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

Kamarul Akmar, Puziah & Nur Izzah Haziqah.