Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Julai 12, 2007

Peristiwa di awal bulan Julai 07...

Assalamualaikum...

Pada 4 Julai yg lepas, keluarga kami kehilangan seorang insan yg terlalu byk berjasa... Walaupun beliau hanya ibu mertua kepada salah seorang kakak aku, namun keintiman antara kami semua bagaikan tiada batas dalam menumpang kasih sayang seorang ibu kepada abang ipar aku itu. Beliau yg sememangnya tinggal bersama anak tunggalnya (abg ipar aku) sejak 16 tahun yg lalu, iaitu semenjak beliau kehilangan suami tercinta. Abg ipar dan kakak aku tu dapat berpindah ke kampung halaman semenjak bertukar tempat bertugas dari Perak ke Melaka dalam tahun lepas. Sejak tu, mereka duduk di rumah mak aku sementara menanti rumah yg dibeli siap sepenuhnya. Sejak ada salah seorang anggota tinggal di rumah mak, kami adik-beradik rasa agak lega kerana ada yg sentiasa di samping mak di kampung dan ibu mertua kakak aku tu sebagai teman seusia mak.

Pemergian beliau pada seawal jam 3.25 pagi di rumah mak aku di kampung, membolehkan aku dan adik-beradik aku bergegas pulang ke kampung secepat yg mungkin. Alhamdulillah, seawal jam 7.30 pagi aku dengan kakak n adik aku selamat tiba di tempat yg dituju. Jasa beliau terutama sewaktu aku masih bergelar pejar di UUM, membuatkan rasa sebak tanpa dapat ditahan-tahan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati selalu, InsyaAllah.

Mungkin dalam keadaan aku yg kini sedang berbadan dua, emosi selalu terumbang ambing menjadikan satu lagi dugaan. Bukan apa, sewaktu majlis tahlil pada mlm harinya, aku baru merasakan yg aku dah demam panas... mlm tu jugak aku ajak hubby ke klinik untuk dapatkan ubat serta MC (rasanya konpem tak larat nak gi opis keesokkan harinya). Ingatkan aku larat nak ikut hubby balik KL, rupanya keadaan aku membuatkan mak aku dengan kakak aku tak izinkan aku balik KL.... so, hubby aku baliklah ke KL sendirian kerana yg lelainnya dah mulai gerak kembali ke KL sewaktu aku dengan hubby gi klinik. Disebabkan hubby aku dah balik KL seawal pagi Kamis, aku yg memang MC hari tu terpaksa meneruskan cuti rehat pada hari Jumaat kerana keadaan aku yg masih tak stabil. Sedangkan seawal pagi Jumaat, hubby aku pula pulang ke kg halamannya di Taiping. Emm, kami mmg plan nak balik Taiping hujung minggu tersebut namun keadaan aku yg tak mengizinkan menjadikan masing-masing pulang ke kg halaman sendirian.

Yang bestnya, hari Ahad kemudiannya aku dihantar ke KL oleh kakak, abg ipar n mak aku. Hujung minggu, adik aku kembali ke kg, so dia ikut sekali la bilamana aku dihantar ke KL... Hari tu, hubby aku dah kembali ke KL dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis... Rasanya, penuh bonet keta kot.. maklumlah, musim buah-buahan, walaupun di penghujung musim buah namun... hahahha... puaslah kami semua makan-makan bagaikan berada di dusun... Alhamdulillah...

Pada 9 Julai, bermulalah era hubby aku sebagai pelajar di USIM. Hubby aku tidak perlu mendaftar di kampus utama, hanya di cawangan di Bangunan MPAJ. Sesi kuliah dan peperiksaan pun di situ. Lega, dekat benar dengan rumah sewa kami, namun area tu takleh lambat..sure sesak... Pada pagi 9 hb tuh, aku yang menjadi 'map' tuk mencari bangunan tu. Then selepas sesi mendaftar, aku terlupa lak nak minta kunci keta.. so, aku pun joinlah taklimat until lunch.. hahahha...

Emmm, sabtu nih, InsyaAllah pada 14 hb, kelab kat opis aku anjurkan game bowling... So, untuk kesekiankalinya aku hanya layak jadi pemerhati ajelah sebab hubby aku nak join... Apa pun, pada saper2 yg join game bowling kali nih...aku ucapkan 'Selamat Berjaya'... semoga berjaya memenangi hadiah... hehehe...