Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Jumaat, Mac 30, 2007

cuti .. CUTI... cuti...

Assalamualaikum...

Esok adalah 31/3/2007 bersamaan 12 Rabiulawal 1428H. Tarikh 31/3 tu pada aku takde apa yg istimewa wat masa nih, namun tarikh 12 Rabiuawal tu lah yg amat penting.... iaitu merupakan Hari Keputeraan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)...

Rakyat kita nih mmg mengharapkan hari-hari seperti itu untuk bercuti, namun setelah diisytiharkan setiap sabtu adalah hari cuti umum, walaupun jatuh cuti khas...tiada gantian pada hari seterusnya... tu yg buat ramai yg frust tu.. hehhehe...

Hajat cuti yg istimewa nih nak balik kg hubby... atas urusan keluarga namun bos hubby plak tak bg sambung cuti pada 2/4 nanti.... aduhai... hubby aku kena keje... esok, dia kena join perarakan Maulidur Rasul.. katanya perarakan tu kat Shah Alam... then hari ahad plak, dia kena gi opis jugak.. katanya ada program staff dia adakan kat area opis.. ciyan hubby aku... mujur kami blom ada anak lagi..kalau tak, sure kesian kat anak2 coz tak dpt diorang nak bermanja dengan abahnya... so, la nih.. cian kat aku laaaaaa... kena dok umah sensorang...
:(

Khamis, Mac 29, 2007

Langkah Pertama...

Assalamualaikum...

Smalam, bertarikh 28/3/2007 merupakan tarikh aku dan hubby memulakan langkah pertama dalam pembelian rumah idaman. Lebih kurang jam 4 petang, kami bergerak ke Kajang, iaitu opis pemaju yg telah dikenalpasti. Sampai sana, kitorang tgklah model rumah, tanyakan berkenaan projek sebelumnya dan macam-macam lagi.. Setelah kelihatan hubby aku berpuas hati dengan komitmen,layanan,pengalaman,bukti-bukti dan jawapan bagi semua soalan hubby aku ke atas pemaju ini, jadi, kami pun mendaftarkan diri sebagai pembeli rumah di Taman Pinggiran Sekamat. Rumah bernombor 18...(tak dpt no 19 sebagai no peberet aku...) hehehe...

Aku sempat menyebey berkenaan quotation bayaran peguam untuk pinjaman yang perlu aku lakukan dan akhirnya aku melantik seorang peguam dari 'Rashidah Shahriman' yang aku kenal sejak 5 thn lepas untuk mengendalikan urusan pinjaman serta pembelian rumah nih... InsyaAllah, semoga urusan ini terus berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Menurut hubby aku, ini adalah langkah pertama, langkah seterusnya adalah berkenaan urusan pinjaman yang perlu dikendalikan secepat mungkin.

Thanks my hubby coz komitmen yang dikau berikan.... :)

Isnin, Mac 26, 2007

Rumah OH Rumah!!

Assalamualaikum...

kisah kali nih adalah pasal nak beli rumah... dulu.. lebih kurang setahun yg lepas, aku dengan hubby dah byr deposit tuk beli rumah..masa tu kat rawang...tapi tak sampai seminggu, kitorang batalkan coz berdekatan area perumahan tu ada kandang khinzir.. pergh, tak sanggup!!!

semenjak peristiwa tuh, kitorang nak survey bebetul tuk beli mana-mana rumah... awal thn nih, aku dengan hubby pun mulakan operasi mencari kat mana yg ada projek perumahan baru... mmg target nak beli la pun.. seboleh-bolehnya, yg baru nak launch.. target kitorang at least awal bulan 4,2007. tup2, ada projek taman puncak saujana.. biasalah 2 tingkat... harga dalam RM175000... agak2 ok.. area pun ok.. insyaAllah.. dah masuk dalam list kitoranglah.. dengan deposit Rm1000 aje... SNP free... insyaAllah under budget, dan leh target tuk full loan... mulanya dah budget tuk amek endlot yg ada tanah.. coz dah kira loan... cam ok jerk... tup2.. tak sangka2 lak, kebetulan check dalam website diorang...nak launch 8 April nih... then, aku pun terhegeh-hegeh lah tanya itu ini semula... tup2, rumah endlot yg kitorang target tu dah dibooking org lain.. agak frust la jugak....

Apa yg berlaku ada hikmahnya...tawaran dtg bergolek.... aku dpt mesej dari salah seorang marketing yg pernah aku berurusan masa survey awal thn hari tuh..." New launching double storey house at pinggiran sekamat kajang...RM209K...22'*70-92..freehold-mustafa" Aku terus call.. tanyakan pasal rumah tuh.. so, lokasi agak dekat la tuk aku gi keje berbanding rumah yg kitorang pernah berkenan sebelumnya nih... so, smalam aku n hubby pegilah site tuh... mmg lokasi yg sangat kami berkenan... dan harga yg ditawarkan kepada kami adalah harga sebelum dilaunch.... kami dimaklumkan harga akan naik lepas dilaunch pada 2 April nih.... Masa tgk site, kitorang booking dah lot umah yg kami berkenan tuh... dan target tuk bayar deposit by rabu nih.. deposit patutnya kena bayar RM3000, tapi aku minta kurangkan just deposit aje kan.. coz aku target nak dptkan full loan... akhirnya, dimaklumkan leh bayar dalam ranking RM500-RM3K... Lega sket, sebab aku kena standby duit tuk MOT tukar nama tanah dalam RM3K-4K gak depends pada harga rumah... Then duit lawyer lagi... mujur aku main duit kutu kat opis.. dapatlah aku bayar deposit rumah tu.. hehehhehe....

Aku berdoa, agar mudahlah perjalanan untuk membeli rumah ini... mudahkanlah urusan semuanya dari mula sampai la akhirnya termasuklah urusan pinjaman,bayaran serta pembinaan rumah tersebut... Mudah-mudahan inilah rumahku syurgaku buat selama-lamanya... InsyaAllah...
:)

Sabtu, Mac 17, 2007

Kenduri kawin ALonG!!

Assalamualaikum...

13 Mac 2007 adalah tarikh yg amat bermakna terutama untuk along - abg ipar aku... Alhamdulillah, majlis kendurinya selamat dilaksanakan. Agak meriah dan happening la katakan... hehhehe..

Aku n ahli keluarga yang lain agak kelam kabut juga untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar, supaya semua tetamu dpt menjamu selera. So, gambar2 sempena majlis tersebut tak byk yg dapat di'snap' thru kamera aku.. yg mana ada, insyaAllah akan aku paparkan di fotopages aku.. :)

takpe.. nanti aku nak kecek dari biras aku yg dok johor untuk semua gambar2 sempena kenduri along.. :)

Khamis, Mac 01, 2007

Dah selamat terbang ke London...

Assalamualaikum...

Malam tadi abg aku iaitu Abg Dzul sekeluarga berangkat ke London... Kitorang pegilah menghantar kat KLIA, maklumlah abg aku tu pergi sana mebi sampai 5 bulan... InsyaAllah, kalau projek (kerjanya) settlelah dlm tempoh tuh...

So, macam biasalah kalau yg dah biasa pegi luar negeri tu, takyah susah2 nak gi anto.. tapi nih cam lain sket aaaaa sebab dia pegi dan bawa anak bini ke sana selama mana dia ada kat sana... emmm, rasa sedih gak tapi ntah aaaa.. tak tau nak gambarkan perasaan tu sebab dah biasa jumpa kat sini kan...

takpelah, insyaAllah kita jumpa lagi next 5 bln.. hehehe...

Perjalanan aku dan hubby ke KLIA bawa sekali abg ipar n kakak aku... Aku plan ikut jln Putrajaya ke Dengkil coz aku rasa jarak tu lebih dekat.. lagipun aku dah beberapa kali lalu situ..insyaAllah aku ingatlah.. tapi cadangan aku tak dipersetujui kerana nak cepat sampai KLIA takut tak sempat nak jumpa abg aku tuh lak... aku minta hubby aku setkan jarak perjlnan dari umah kakak aku tu ke KLIA... Meter menunjukkan lebih 65 km dengan bayaran tol RM6.00.

Balik dari KLIA, aku dengan hubby balik berdua aje coz kakak n abg ipar aku tu balik sekali dengan adik aku yg bawa keta abg dzul tu aaa with our mom... so, aku tanya pendapat hubby nak ikut jln putrajaya ke? hubby aku ok je.. so, kitorang terus ikut jln tu dan set meter jugak... Dari KLIA ke umah sewa aku di Bandar Tun Razak, cuma memcatatkan jarak 53 km dengan tol RM1.60 (depan Sapura Mines)... aku n hubby selamat sampai umah before kol 1 pagi...

Alhamdulillah, kesimpulan aku betullah yg mana jarak ke KLIA thru Putrajaya lebih dekat.. itupun hubby tak bawa laju coz maks kelajuan kat jln tu yg dibenarkan hanya 70km sejam jerk... hehehhe... kalau tak, lagi awallah kitorang sampai umah...

Oklah.. Pada Abg Dzul.. kalau baca blog nih.. Selamat Bekerja di London... kitorang sure rindukan gelak tawa semua terutama si Dzul Helmi Iskandar....
:)

Cuti Chinese New Year

Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas adalah cuti thn baru cina... kali nih, planning nak bercuti ke Cherating terpaksa aku dan hubby batalkan atas urusan keluarga... Sedih mmglah sedih terpaksa batalkan kerana bukannya mudah untuk aku dan hubby pergi bercuti kebelakangan tahun nih...

Urusan keluarga tu kitorang penuhi ke Kelantan.. berjalan jugak ramai2 tapi biasalah penatnya toksah kata kerana terasa jauh sangat dan agak terkejar-kejar dengan plan lain... iaitu yg paling utama adalah majlis pertunangan abg aku pada 19hb Februari 2007.

Tahniah aku ucapkan kerana berjaya membuatkan kita sekeluarga berjln ke Kelantan...
Sebelum itu, byk buat persiapan jugak sebab ramai yg pergi..
Pertama-tamanya, brg hantaran.. aku gi beli brg seperti reben, kotak hiasan dan yg sewaktu dengannya... kemudian, planning kenderaan, penginapan, makanan, masa perjalanan dan duit belanja perjalanan serta brg kenang-kenangan. Persiapan aje dah membuatkan aku terlalu penat, sampai aku terus bercuti selama seminggu termasuk MC kerana demam...

so, gambar2 tuk kenangan di Kelantan akan aku masukkan dlm fotopages aku nanti, InsyaAllah.
:)