Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Februari 21, 2008

Berakhirnya Cuti Bersalin...

Assalamualaikum...

Emm.. Hujung minggu nih akan berakhirlah cuti bersalin aku yg ke-60... aduhai, kojab sangat rasenya. hehehe.. bukan pasai apa, cian lak kat Izzah... tgh syok2 bermanja tup2 penjaganya dah tukar.. nak sambung cuti, bley tapi takleh sambung lama2... cuti rehat kena jaga2... maklumlah tempoh setahun tu lama oooo...

Dunia kerjaya aku lepas ni pun sure la tukar tiun... sure la tak dpt nak stayback sajer2 macam sebelum Izzah ada... emmm, hope aku leh uruskan masa dengan sebaik mungkin...

Petang semalam, aku dapat panggilan dari kerani pemaju perumahan (untuk rumah yg kami beli)... aku dimaklumkan untuk pergi ke pejabat pemaju untuk sain dan bayar borang2 yg berkaitan dengan pejabat tanah (MOT-kena stand by duit), SYABAS (air) dan TNB (letrik)... Oleh kerana, Izzah mempunyai babysitter mulai awal bulan depan.. aku plan nak gi opis pemaju tu Isnin nanti..

Hari tu, aku usahakan untuk buka akaun Izzah di Tabung Haji... Aku dah isi borang daftar serta salinan surat beranak dan MyKid Izzah.. aku hanya bawa MyKid Izzah yg asal namun pekerja kat kaunter tu kata dia nak surat beranak yg ori untuk pengesahan salinan surat beranak... Aku tunjukkan MyKid ori... dia taknak... Lor... apa gunanya MyKid kalau tak diperlukan, ntahlah... aku pun tak faham fungsi MyKid.... Leh saper2 explainkan...

Rabu, Februari 06, 2008

menghitung hari...

Assalamualaikum...

Hari nih aku dah berpantang selama 41hari.. Pergh, langkah pun agak laju dah sket.. hehehe.. dah rasa kuatlah berbanding awal2 dulu... InsyaAllah, lagi 3 hari.. kiranya aku akan lepas hari la... Harap2, takde apa yg menjadi masalah sementara menunggu habisnya hari untuk aku berpantang nih...


Hari Isnin lepas, dengan beraninya aku menggunting rambut Izzah dan mencukurnya... bak kata hubby buat sunnah nabi... walaupun tak braper kemas... maklumlah, pengalaman pertama aku mencukur botak anak aku yg pertama... itulah rupa dia lepas rambutnya dah kurang.. emm, byk jugak kelumumur kat kulit kepala dia.. emmmm..



Hari ni adalah hari pertama Izzah tido dalam buaian... Nampaknya, alhamdulillah bukan main lena lagi dia tido kecuali waktu kelaparan. hehehe..

Ku kira2, tak lama lagi aku akan kembali ke pejabat. Aduhai, aku dengan hubby tak cari lagi sesiapa yg sudi menjaga anak kami bilamana kami bekerja. Harap2, takde masalah untuk mendapatkan penjaga Izzah sebelum akhir bulan nih... Mak aku mmg nak jaga cucu dia sorang nih macam cucu2 dia yg lain, tapi kenalah stay kat kg nanti sebab urusan mak aku kat kg pun byk yg perlu diselesaikan menjelang bln 3 nih... sebab ada sorang abg aku nak kawin.... mujurlah Izzah menyusu badan, so tak dapatlah mak aku nak jaga until Izzah berumur 3 bulan... Bukan taknak dia jaga, tapi kami kesian kat mak aku... kesian gak aaa kat kitorang nanti... hehehhe...

Mak ada juga sruh aku bg Izzah susu botol (susu tepung), aku bg alasan hubby tak izinkan... mmg pun hubby tak izinkan... lagipun kalau boleh aku nak la anak aku menyusu badan sampai umurnya yg sepatutnya menyusu badan... Izzah selalu tido dengan agak lama, tapi kalau dia berjaga atau terjaga...dia mahu menyusu aje until tertido semula... so mak beranggapan susu badan aku tak cukup... mulanya aku tak kisah, tapi bila ada sekali tu aku try pam untuk simpan susu badan... susu badan aku dah tak byk yg nak keluar thru pam.. aku pun mulalah susah hati...
then, alhamdulillah dptlah jugak pam sampai 50 ml...

Mujur aku ada beli buku2 yg berkenaan pasal mengandung sehinggalah bersalin termasuklah penjagaan bayi dan penyusuan susu badan.  Ada part yg menerangkan yang susu badan akan bertambah banyak kalau baby lebih menyusu. Situasi susu tak cukup tidak jadi isu sebab baby akan menangis untuk menyusu ikut suka dia lah...hehehhe...

So, pada ibu2 baru macam aku yg menyusu badan dan pada bakal2 ibu, toksah risau pasal baby cukup atau tak bila baby menyusu badan... Memang byk membaca memberikan info yg berguna terutama mengenai perkara2 baru dalam hidup kita...