Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Oktober 09, 2008

Salam Lebaran 1429H

Assalamualaikum...

Mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Salam Aidilfitri' serta maaf zahir batin buat semua ahli keluarga, rakan-rakan serta pada yg mengenali aku...

Tugasan yang banyak serta padat tidak mengizinkan aku untuk saling menghubungi rakan2 mahupun ahli keluarga seperti lazimnya.. tugasan di pejabat, apatah lagi mengejar masa untuk bersama insan tersayang di rumah...walaupun kini dia hanya berumur 9 bulan, namun kelewatan menjemputnya dari rumah pengasuh..seolah-olah menunjukkan rajuknya pada aku, yang kini hanya bersama abahnya di hujung minggu...

Pada 6hb yg lepas, satu kiriman sms diterima dan aku pun belilah suratkhabar kosmo sepertimana yg dimaklumkan... sebab ada gambar abg aku dengan famili dia kat wales sana.. dia hantar gambar dalam ruangan salam perantauan... yg bestnya siap pakai baju raya.. abg aku pakai baju dan kakak ipar aku pakai tudung yg aku belikan!!! seronok betullah!!! sume pakai warna sedondon.. ungu... warna tema raya diorang tahun ni... warna tema famili aku lak biru.. sebab aku ada banyak baju baru warna biru... hahaha...

Hari ini masuk hari yg ke-9, umat Islam di Malaysia meraikan Syawal 1429H...dpt lak berita yg tak best.... salah sorang rakan setugas meninggal dunia... aku rasa sedih sangat.. sebab terasa benor kehilangan dia...dialah antara yg mempekenalkan aku dengan dunia game pingpong di alam bekerja ni..sejak aku join opis ni.. dialah yg mula2 bawa aku ke penang...mlk... langkawi.. merata lah jugak aku merantau dgn dia... la ni tugasan kerja pejabat pun selalu deal dengan dia.. apapun, semuanya takdir yang telah ditentukan.. salam takziah buat keluarga En. Taufan... Moga roh beliau dirahmati dan diberkati... Al-Fatihah untuk beliau...

Rabu, September 24, 2008

Salam Ramadhan 1429H

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik... hari ni dah masuk hari ke-24 umat Islam Malaysia berpuasa... Syukur padamu Ya Allah...

sejak bermulanya ramadhan thn ni, aku dah mula survive tanpa hubby di sisi... Husband aku dpt jawatan dan penempatan baru . syukur alhamdulillah... Penempatan baru dia kini adalah di Pusat Serenti Tampin Melaka.... Perjalanan dengan motor kapcai dia 'honda wave 125' berjaya mengambil masa selama 2 jam antara PST dengan umah sewa di Bandar Tun Razak...

Mula-mula, memang teribble rasanya... semuanya perlu dilakukan sendirian... sedih, sayu, rindu toksah kata.. Memang baby ada dengan aku.. namun itulah salah satu punca aku berperasaan sedemikian.. ragam baby pada mulanya seakan merajuk dengan abahnya yang tidak pulang setelah 3 hari... ragam baby berubah pada hari ke5 dengan merapatkan handphone ke mulutnya...seolah-olah mencium abahnya yang hanya kelihatan gambar statik di handphone aku... panggilan 3G (video call) tak dapat dilakukan sebab area Tampin takde 3G. Menitis gak aaa air mata aku melihatkan tindakan baby... Kini, kami agak tabah dan ragam baby mulai seolah-olah memahami situasi yang baru..

Izzah tidak pandai merangkak... namun menyusur ke depan.. dah agak laju mengejar terutama apabila aku di dapur...Mujur siaran astro oasis melekakan dia dengan tayangan bacaan al-Quran...zikir2 dan alunan merdu azan... tika itu dptlah aku buat aktiviti aku di mana jua samada di bilik mahupun di dapur.

Bulan poser ni pastinya teringatkan abang dgn famili dia yg jauh di Wales... Konpem tak balik lagi lah raya kali ni.. semalam kali ke-2 kiriman bungkusan secara pos laju dihantar ke sana... Semoga bungkusan tersebut akan diterima dengan selamat sebelum tibanya syawal.. sebab aku belikan baju melayu untuk abg terchenta.... anak2 dia dengan kakak ipar aku dah ada pakaian raya dari famili mertua abg aku... so, aku belikanlah utk abg aku baju melayu.. anak2 sedara aku kirimkan kain pelikat..ntahlah maybe besar lagi tuk dipakai... kakak ipar aku..akan dpt tudung dgn brooch... moga gembira di Aidilfitri kali ni...khabarnya akan ambil kesempatan bercuti ke Paris.. takpelah.. balik Mesia mana sempat sekadar cuti 2 hari kan..

Planning aku untuk pulang beraya... Hajat untuk balik beraya ke rumah mertua tak dpt dipenuhi...sebab hubby aku keje untuk raya pertama dan raya ke-2.... InsyaAllah kami akan gerak ke Taiping pada hari raya ke-3. Oleh kerana kami berjauhan, rancangan pergerakan hanya dilakukan setelah hubby aku kembali ke KL merangkap menjemput kami ke kampung Melaka.... Tindakan tersebut memudahkan perjalanan seterusnya kerana kini hubby aku menggunakan motornya sebagai kenderaan rasmi.. jadi kenalah parking motor tersebut di rumah dan mulakan semua perjalanan dengan kereta rasmi kami yg sedia ada... Mudah pada aku adalah setelah kembali dari kampung Taiping...aku tak perlulah menghantar hubby ke Melaka..malahan perjalanan hubby ke tempat kerja nya akan bermula dari rumah sewa... sekurang-kurangnya dia pun lega menunaikan tanggungjawab dengan membawa kami ke kampung... aku pun belum penah mulakan memandu sendirian dengan baby ke kampung...perjalanan paling jauh pun dengan jarak antara putrajaya - BTR aje...

Hari ni aku kena minta excuse dari bos untuk ke klinik... mata Izzah bengkak ntah kenapa.. kebetulan batuk aku kian mengeras dan memedihkan... Harap tak de yg serius....

Oklah.. semoga ujian di bulan yang mulia ini dapat dihadapi dengan tenang dan tabah dalam menuju keredhaan yang maha Esa...

Jumaat, Julai 18, 2008

Rindunya Kampung...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku belek-belek kalendar.. rasanya lama betul tak balik kampung... Mak Mah kata, la ni musim manggis.. Mak Moon lak kata, skarang musim durian.. emmm.. aura buah-buahan skarang ni... Aku lak tiap2 hujung minggu.. kena masuk opis.. aduhai.. letih betullah...

Mujur ada trip gi Genting.. tu yg apply gak..

Hujung minggu ni Mak Moon naik KL.. so, aku amek cuti hari Rabu tu.. hope dptlah nak bermanja-manja dengan mak.. hehhee.. walaupun aku dengan hubby dok KL aje.. tapi kekangan yg ada.. tak dpt lah kami balik menjengah parents kat kg masing-masing...

Emmm...

Genting...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Isnin ni aku ada seminar kat Genting... kena bermalam kat sana 1 mlm.. tapi sebab pk kan byk perkara.. aku booking 1 mlm lebih awal sebab nak bawa Izzah.. Kesian nak tinggalkan dia, maklumlah.. tak penah tinggalkan dia waktu tidur malam lagi... Lagipun malam, dia menyusu badan kan...

Harap2, sempat lah aku nak pusing2 kat atas tu... servey la apa yg patut dulu.. manalah tau, lain kali ada rezeki.. blehlah pegi lagi.. hehehe...

Rabu, Julai 09, 2008

Outstation...

Assalamualaikum...

Hubby aku la ni kena gi outstation.. emm, kat Banting aje.. tapi yg sedihnya, dia bukannya leh balik..kena bermalam kat sana... sedihnya... rindu sesangat...

Mujur ada si kecik ni.. tapi dia pun meragam jugak la time malam, sebab selalunya abahnya yg melayan... then bila time menyusu.. time umminya lak.. so abahnya masuk tido... begitulah rutin setiap mlm..

mulai mlm tadi dan sehinggalah mlm sabtu nanti.. akulah yg perlu menggantikan tempat itu sementara abahnya takde di sisi... Mujur dah pesan tuk tinggalkan baju yg dah dipakai untuk di kecik, agar bau tu seolah-olah abahnya ada di sisi...

Aku plak... memula tak kisah sangat bila hubby bgtau dia kena gi outstation... sehinggalah petang semalam... aduhai, tak pasal2 meleleh air mata.. rasa sayulah, rindulah.. ntah lah.. sejak aku mengandung dulu.. peel tu jugak yg masih melekat kat aku rupanya...

kalau aku balik lambat dari opis.. abahnya dah amek Izzah.. ni, aku terpaksa berkejaran untuk menjemput Izzah pulang... aduhai... 'alah bisa tegal biasa'.. insyaAllah...

tarikh 21hb - 22hb lak, aku lak gi outstation.. tapi plan aku memanglah akan bawa famili sama... terpaksalah hubby amek cuti... hehehe.. sebabnya blom penah lagi aku bermalam tanpa Izzah... begitulah sebaliknya... maklumlah.. malam dia.. tentulah nak bermanja dengan aku (menyusu badan).. hehhehe...

rasanya dah lama tak gi bercuti... agak2nya thn ni plan nak gi mana plak erk...?

Jumaat, Jun 27, 2008

tiada cuti di hujung minggu

Assalamualaikum...

Aku makin penat dan bosan!! Keje makin byk.. ntah bila nak siap tak tau la.. inilah vendor buat sistem yg konon2nya tiada error..kononnya tak mungkin ada masalah... then, bila jadi problem.. tup2 baru nak kelam kabut.. hah.. padan muka!! dengan aku2 sekali kena padan muka...

lagi kesian.. kat anak aku.. dia pun ikutlah aku masuk opis.. punch card n so on... tido pun kenalah pepandai nak tido ye... ntah aaa.. Arghhhhh...

harap2, minggu depan kalau kena dtg opis.. aku nak mengelat aaa.. org lain lak aaaaaaa.. gilir2... sume nya kena ambil tau... kesianlah kat aku... sama2 keje kan.. kalau tak, urusan yg lain.. aku buat bodoh aje nanti.. baru tau!!! sebab nak concentrate...

mujur aku tak gi bersukan kat Ganu... kalau tak, ntahlah.. aku tak dpt gambar kan... emm, bukan rezeki aku la kali ni tuk bersukan.. byk benda nak diselesaikan sekaligus... dpt CR baru lagi lak... masalah yg sedia ada tak settle2.. CR.. taklimat, kursus, knowledge sharing... wah!!!

Alhamdulillah, hubby aku faham.. dia pun dptlah peluang rehat sensorang kat umah while aku dah bawa baby ke opis... minggu lepas aku bawa sebab dia demam.. minggu ni, kalau dpt bawa gi opis.. aku nak bawa gi shopping la rasanya.. rasa2nya nak shopping beli kain tuk buat baju raya.. hehehhe.. tapi berbaloi kah??

Isnin, Jun 16, 2008

Padatnya...

Assalamualaikum...

Bulan ni merupakan bulan yang sangat padat.. kebanyakan due date projek/tugasan adalah akhir bulan ni.. aduhai.. terkejar-kejar rasanya..

Sabtu lepas, baby aku lak demam.. emm, nak pandai apa lagi erk dia tu.. emm, itulah rutin baby.. istilah demam tak lari ke mana.. Kata orang.. demam nak pandai... seolah-olah akal baby ada hadnya, agaknya apabila dia terpikir untuk buat/pk kan sesuatu yg baru dalam dirinya.. had itu membuatkan dirinya demam.. ntahlah.. aku tak faham sangat.. apa2pun, yang penting.. pastikan demam nya tak over limit..