Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Februari 21, 2008

Berakhirnya Cuti Bersalin...

Assalamualaikum...

Emm.. Hujung minggu nih akan berakhirlah cuti bersalin aku yg ke-60... aduhai, kojab sangat rasenya. hehehe.. bukan pasai apa, cian lak kat Izzah... tgh syok2 bermanja tup2 penjaganya dah tukar.. nak sambung cuti, bley tapi takleh sambung lama2... cuti rehat kena jaga2... maklumlah tempoh setahun tu lama oooo...

Dunia kerjaya aku lepas ni pun sure la tukar tiun... sure la tak dpt nak stayback sajer2 macam sebelum Izzah ada... emmm, hope aku leh uruskan masa dengan sebaik mungkin...

Petang semalam, aku dapat panggilan dari kerani pemaju perumahan (untuk rumah yg kami beli)... aku dimaklumkan untuk pergi ke pejabat pemaju untuk sain dan bayar borang2 yg berkaitan dengan pejabat tanah (MOT-kena stand by duit), SYABAS (air) dan TNB (letrik)... Oleh kerana, Izzah mempunyai babysitter mulai awal bulan depan.. aku plan nak gi opis pemaju tu Isnin nanti..

Hari tu, aku usahakan untuk buka akaun Izzah di Tabung Haji... Aku dah isi borang daftar serta salinan surat beranak dan MyKid Izzah.. aku hanya bawa MyKid Izzah yg asal namun pekerja kat kaunter tu kata dia nak surat beranak yg ori untuk pengesahan salinan surat beranak... Aku tunjukkan MyKid ori... dia taknak... Lor... apa gunanya MyKid kalau tak diperlukan, ntahlah... aku pun tak faham fungsi MyKid.... Leh saper2 explainkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan