Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Jumaat, Disember 26, 2008

Wish for many happy returns...

Assalamualaikum...

emm.. pejam celik pejam celik.. esok, genap setahun la baby aku tu.. Rasanya macam baru lagi kenangan manis itu, menyambut kelahiran Nur Izzah Haziqah dalam kehidupan kami... :)

Pelbagai gelagat dia yang dah ditonjolkan... langkah demi langkah perjalanan kehidupan insan yang mulanya hanya seberat 2.89 kilo itu mengetengahkan aksi-aksi comelnya... aksi memberi balas terhadap insan di sekeliling... meniarap sendiri...menyusur ke depan... merangkak.. bertepuk tangan... menggigit.. tumbuh gigi... berdiri sendiri... menggoyangkan badan mengikut rentak lagu... kini, mula mengatur langkah untuk berjalan... gaya ingin melompat... emmm... perkembangan itu makin hari makin menceriakan kehidupanku...

Esok...27 Disember 2008... menjadikan usia anak pertamaku.. setahun.. dan usia suamiku 31 tahun... hajat untuk meraikan sambutan hari lahir kedua-dua insan tersayang tak kesampaian... insyaAllah, suatu hari nanti.... cukuplah kali ni adanya ummi di sisi anda berdua... hehehe... sebab asalnya kalau kita dah pindah ke rumah baru kita, bolehlah buat kenduri doa selamat. Niat tu untuk beberapa sebab;

* Masuk rumah baru
* ulangtahun abah yang ke-31
* ulangtahun Izzah yang pertama
* kesyukuran sebab abah dah habis belajar (sponsor by gomen)
* sesi konvo abah dah selesai
* abah dah dapat jawatan baru sebab kenaikan pangkat

tapi sebab tujuan utama iaitu masuk rumah baru tu tak tertunai lagi... so semua nya tertangguh la... lagipun cuti ummi pun dah tak banyak nak prepare semuanya... insyaAllah.. kita buatlah kenduri lepas dah masuk rumah baru kita erk...
Kalau tengok progress rumah macam dah ok... payment tuk tong sampah dah selesai.. MOT pun dah selesai... lawyer pun dah selesai... emm ada lagi 20%... hari tu dengar2 CF pun on the way... kitorang pun dah sebey2 tuk pemasangan grill, kitchen cabinet, tukang cat dlm umah... tukang pasang lampu... itupun ikut budget yang dirancang la... perabot dan kelengkapan yang lelain tu... gunalah yang mana ada dulu... yang takde tu.. tunggulah budget thn lain.. hehhehe... agak2nya.. bilalah nak sebey tuk kain langsir... mujurlah tukang jahit yang sudi... dah jumpa...

Rancangan untuk esok... lebih kurang jam 10.. kita gi era edar marketing kat bandar tasik selatan untuk pertandingan baby comel... "Kalau menang.. kira hadiah besday anak ummi la erk!!" hehehe.. then, nak gi klinik.. cucuk anak ummi untuk setahun.... then, kita gi tampin coz abah kata ada jemputan kenduri kawin then kita terus balik kg opah kat melaka erk...

Ucapan untuk semua... " Selamat menyambut AWAL MUHARRAM, semoga kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati Illahi!"

Ucapan buat habibiku dan permataku... " Selamat hari ulangtahun... semoga lebih ceria pada hari-hari mendatang...tabah menghadapi dugaan... ikhlas dan redha demi memperjuangkan serta memartabatkan tanggungjawab kita demi yang Maha Esa..."
INSYA-ALLAH!!

2 ulasan:

  1. aiee,...chantek umah
    sis in law_pattaya

    BalasPadam
  2. emm.. baru lagi.. blom masuk, nampak macam chantek la.. dah masuk nanti, ntahlah.. hehehe

    BalasPadam