Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Februari 25, 2010

Dugaan....

Assalamualaikum...

Kejab aje dah nak abis bulan 2, 2010.. Cepat betul masa berlalu...
Kiranya bln ni, aku byk amek cuti... gara-gara dugaan yg melanda pada kesihatan abg iparku... Bergegas ke sana ke sini... Benar-benar mencabar tahap ketahanan diri... Emm, bila dah selesai... 'ketahanan diri' tu pun rebah... Aku layan tido aje la gamaknya.. hehehhe.. qada' tido la katakan...

Perjalanan yg diharungi dari Kajang ke Kuala Terengganu... seterusnya ke Taiping dengan highway Timur-Barat, kembali ke KL demi tugas... Kemudian, balik ke Taiping berurusan dengan Hospital Taiping. Balik semula ke Kajang untuk perubatan di Darussyifa', Bangi. Seterusnya berulang ke Taiping dan Kajang.... Urusan tersebut kini menampakkan perubahan yang lebih baik, Alhamdulillah...

Kiranya disebabkan dugaan ini, mak mertua aku dah sampai la kat umah aku.. cuma abah aje yg belum sampai... Agak2nya bila lah abah leh sampai umah aku kat Kajang ni, erk... emmm...

Along pun dah balik ke Terengganu dengan tiket flight... Wah, rezeki dia la gamaknya.. Namun, keputusan darah dia masih belum diambil di klinik... Masih belum berkesempatan. Harap2, keputusan darah tu menunjukkan seperti yang diharapkan. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan