Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 14, 2010

Ramadhan 1431H...

Salam Ramadhan...

Hari ni dah masuk hari ke 4 berpuasa... Minggu ni aku kena gi opis gak. Kesian gak tgk hubby dengan Haziqah. Hubby sampai umah kol 2 pagi tadi sebab dia ada majlis berbuka poser kat opis dia.. so dia sambung la terawih kat sana... lepas tu baru gerak ke sini.. maunya tak letih...

Haziqah lak macam tau aje hari ni hari hujung minggu.. Lalu taska, cakap gi 'school' erk.. dia kata 'tak nak' sambil menggelengkan kepalanya.. aku cakap..'Umi gi opis' tau.. sambil tunjuk kad opis... dia muncung aje.. bilamana dah sampai opis, aku turun dari keta coz hubby hantarkan.. dia taknak salam seperti biasa..tanda dia mogok la tu.. hehehhe...

emm. nak wat camner kan..

Hari ni kak uda ajak berbuka kat umah dia... tgklah, insyaAllah kalau takde apa hal.. sampailah kami sume... la ni aku masih di opis.. konpem tak masak la... emm, ajak hubby gi pasar ramadhan bandar tun razak, kot. hehehhe

Khamis, September 10, 2009

10 mlm terakhir...

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, kini kita sedang melalui 10 hari terakhir di bulan Ramadhan 1430 Hijrah. Emm, muhasabah diri... apa kejayaan kita selama 20 hari berpuasa?
Renung-renungkan...

Dulu, ketika masih menetap di rumah sewa... aku dengan hubby berangan nak pasang pelita... sempena 10 malam terakhir... di rumah sendiri.. Kini, kami masih belum berkesempatan untuk membeli pelita, apatah lagi nak pasang pelita... hehehe...
Ada tak yg nak sponsor pelita dengan minyak tanah? sila angkat tangan...

Bulan ramadhan thn ni, aku kena masuk pejabat awal sebelum jam 7.45 pagi... untuk pulang seawal 4.45 ptg... Setakat ni, adalah lebey kurang dua kali kot.. aku lambat sampai kat umah kerana jem... mujur ada jiran yg sudi amek anak kesayangan aku kat taska... maklumlah taska hanya setakat jam 6 ptg.. terima kasih la wahai jiran-jiranku...