Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Jumaat, Februari 27, 2009

Rumahku...

Assalamualaikum...

Petang semalam aku buat date dengan zue (bakal jiran) tuk gi amek kunci rumah sama-sama... tup2 jumpa lak dengan jiran sorang lagi.. sehingga hari ini, aku dah jumpa 6 org jiran kot.. kalau tak silap la... stok no tepon lak baru 4 org jiran aje yg ada..

bukan apa... kalau ada apa2 masalah ke boleh la refer dengan jiran2 kan sebelum masuk umah. or leh plan masuk umah ramai ramai.. maklumlah kawasan baru.... keselamatan lah yg paling penting..

Rabu, Februari 25, 2009

Quotation...

Assalamulaikum....

kumpul quo sana sini...
jangan segan tanya sana, tanya sini....
compare harga...
tgk kualiti...
tanya biar detail....
sampai hati berkenan...
jgn lupa solat istikharah...
moga dipermudahkan urusan ini...

Selasa, Februari 24, 2009

Rumah..rumah.rumah...

Assalamualaikum..

My new house already to be moving in... Alhamdulillah... penantian kini sampai ke penghujung.. Salinan CF dah sampai kat tgn.. while tunggu progress payment lagi 20%, dah leh gi amek kunci umah dan touch up la apa yg patut..

Part nak touch up ni la yg perlu ongkos yg besar... Pening gak bila pk satu persatu... dengan hubby lak jauh.. mujur saluran komunikasi berfungsi dengan baik.. still dpt berbincang dengan kata persetujuan bersama.. hehehe..

apa2 pun, dengar kata para penasihat.. pasang grill dulu... yang selanjutnya boleh proceed lepas tu... then target dah siap grill... dapur plak.. kalau tak, tak masak la.. then, langsir lak.. opss.. lampu plus kipas... emmm, air cond, tak de tempat dlm budget la... cat... nampaknya kena tangguh dulu la...guna la apa yg ada... perabot... tgklah kalau ada bonus hujung2 tahun.. emmm, bonus jualan murah la...

emmm.. kalau tak pindah... bayar duit sewa umah masih perlu... so, harap2 ramailah jiran2 yang bercadang pindah awal... idaklah risau sangat2...

SO, aku pun dah mula menyibukkan diri dengan kemas barang sikit demi sikit ke dlm kotak... dah penuh dgn kotak2 kat umah sewa ni.. hehehe... nanti, bila touch up our first house tu berjalan dengan lancar... bolehlah hantar kotak2 kecik ni ke sana.. KOT?!

Apa pun, semoga penghijrahan ini membawa seribu satu rahmat dari Illahi, ketenangan, kemakmuran serta kebahagiaan kami sekeluarga dunia dan akhirat... InsyaAllah...

Rabu, Disember 31, 2008

Penghujung 2008

Assalamualaikum..

Pertama-tamanya, nak kabo la yang Nur Izzah Haziqah dapat no 2 tuk pertandingan bayi comel hari tu.. Wah!!! Sure la ummi dia seronok bangat... Dapat la hadiah hamper... masih tak buka lagi... hehehhe...

La ni dah pun penghujung 2008... Esok dah 1 Jan 2009... hari baru, bulan baru, tahun baru, diari baru.. hehhehe blog lama la jugak kot.. hehhehe.. insyaAllah...itupun ikut tarikh omputih la... kalau ikut tarikh Islam.. hari ni dah masuk 3 Muharram 1430H... maknanya dah 3 hari bulan baru,tahun baru.... kan kan kan...

Selalunya, masuk tahun baru.. org mesti kaitkan dengan azam baru... emm, azam lama dah tercapai ke? Eh.. apa azam lama aku erk... kuang kuang kuang... rasanya tahun 2008, aku tempoh awal tahun tanpa memikirkan pasal azam baru... sebab masa tu baru leh kuar dari spital... Tanpa azam baru pun, 2008 berakhir macam tu gak.. hehehe...

Kenangan 2008 dlm hidup aku;
- Menjadi ummi kepada Nur Izzah Haziqah...
- Dapat cuti bersalin 2 bulan...
- Abah habis belajar...
- Dapat kakak ipar...
- Join Makswip 2008 (pingpong), tapi kalah...
- Masuk bowling anjuran kelab opis, dpt no 3 (pompuan)...
- Pi meminang bakal biras...
- Buat majlis Aqeqah tuk Haziqah... kat umah my sis...
- First time, gi Genting... ada seminar, tapi bawa hubby n baby...
- Hubby dapat kenaikan pangkat (S41).. Tahniah!!
- Hubby kena tukar tempat keje.. PS Tampin, Melaka.. Aduyai...
- Menjalani bulan poser dengan baby dan tanpa hubby...
- Beraya kat Melaka (Aidilfitri)... sebab hubby on-call...
- Join PSKK 2008 (pingpong), team dapat no 3... Alhamdulillah...
- Beraya kat Tepeng (Aidiladha)...
- First time tgk sendiri program qurban...
Em, ini yg aku ingat la buat masa ni.. nanti kalau ada lagi, aku add-on aje.. hehehhe..
Oklah... cau cin cau!!!

Jumaat, Disember 26, 2008

Wish for many happy returns...

Assalamualaikum...

emm.. pejam celik pejam celik.. esok, genap setahun la baby aku tu.. Rasanya macam baru lagi kenangan manis itu, menyambut kelahiran Nur Izzah Haziqah dalam kehidupan kami... :)

Pelbagai gelagat dia yang dah ditonjolkan... langkah demi langkah perjalanan kehidupan insan yang mulanya hanya seberat 2.89 kilo itu mengetengahkan aksi-aksi comelnya... aksi memberi balas terhadap insan di sekeliling... meniarap sendiri...menyusur ke depan... merangkak.. bertepuk tangan... menggigit.. tumbuh gigi... berdiri sendiri... menggoyangkan badan mengikut rentak lagu... kini, mula mengatur langkah untuk berjalan... gaya ingin melompat... emmm... perkembangan itu makin hari makin menceriakan kehidupanku...

Esok...27 Disember 2008... menjadikan usia anak pertamaku.. setahun.. dan usia suamiku 31 tahun... hajat untuk meraikan sambutan hari lahir kedua-dua insan tersayang tak kesampaian... insyaAllah, suatu hari nanti.... cukuplah kali ni adanya ummi di sisi anda berdua... hehehe... sebab asalnya kalau kita dah pindah ke rumah baru kita, bolehlah buat kenduri doa selamat. Niat tu untuk beberapa sebab;

* Masuk rumah baru
* ulangtahun abah yang ke-31
* ulangtahun Izzah yang pertama
* kesyukuran sebab abah dah habis belajar (sponsor by gomen)
* sesi konvo abah dah selesai
* abah dah dapat jawatan baru sebab kenaikan pangkat

tapi sebab tujuan utama iaitu masuk rumah baru tu tak tertunai lagi... so semua nya tertangguh la... lagipun cuti ummi pun dah tak banyak nak prepare semuanya... insyaAllah.. kita buatlah kenduri lepas dah masuk rumah baru kita erk...
Kalau tengok progress rumah macam dah ok... payment tuk tong sampah dah selesai.. MOT pun dah selesai... lawyer pun dah selesai... emm ada lagi 20%... hari tu dengar2 CF pun on the way... kitorang pun dah sebey2 tuk pemasangan grill, kitchen cabinet, tukang cat dlm umah... tukang pasang lampu... itupun ikut budget yang dirancang la... perabot dan kelengkapan yang lelain tu... gunalah yang mana ada dulu... yang takde tu.. tunggulah budget thn lain.. hehhehe... agak2nya.. bilalah nak sebey tuk kain langsir... mujurlah tukang jahit yang sudi... dah jumpa...

Rancangan untuk esok... lebih kurang jam 10.. kita gi era edar marketing kat bandar tasik selatan untuk pertandingan baby comel... "Kalau menang.. kira hadiah besday anak ummi la erk!!" hehehe.. then, nak gi klinik.. cucuk anak ummi untuk setahun.... then, kita gi tampin coz abah kata ada jemputan kenduri kawin then kita terus balik kg opah kat melaka erk...

Ucapan untuk semua... " Selamat menyambut AWAL MUHARRAM, semoga kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati Illahi!"

Ucapan buat habibiku dan permataku... " Selamat hari ulangtahun... semoga lebih ceria pada hari-hari mendatang...tabah menghadapi dugaan... ikhlas dan redha demi memperjuangkan serta memartabatkan tanggungjawab kita demi yang Maha Esa..."
INSYA-ALLAH!!

Khamis, Oktober 09, 2008

Salam Lebaran 1429H

Assalamualaikum...

Mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Salam Aidilfitri' serta maaf zahir batin buat semua ahli keluarga, rakan-rakan serta pada yg mengenali aku...

Tugasan yang banyak serta padat tidak mengizinkan aku untuk saling menghubungi rakan2 mahupun ahli keluarga seperti lazimnya.. tugasan di pejabat, apatah lagi mengejar masa untuk bersama insan tersayang di rumah...walaupun kini dia hanya berumur 9 bulan, namun kelewatan menjemputnya dari rumah pengasuh..seolah-olah menunjukkan rajuknya pada aku, yang kini hanya bersama abahnya di hujung minggu...

Pada 6hb yg lepas, satu kiriman sms diterima dan aku pun belilah suratkhabar kosmo sepertimana yg dimaklumkan... sebab ada gambar abg aku dengan famili dia kat wales sana.. dia hantar gambar dalam ruangan salam perantauan... yg bestnya siap pakai baju raya.. abg aku pakai baju dan kakak ipar aku pakai tudung yg aku belikan!!! seronok betullah!!! sume pakai warna sedondon.. ungu... warna tema raya diorang tahun ni... warna tema famili aku lak biru.. sebab aku ada banyak baju baru warna biru... hahaha...

Hari ini masuk hari yg ke-9, umat Islam di Malaysia meraikan Syawal 1429H...dpt lak berita yg tak best.... salah sorang rakan setugas meninggal dunia... aku rasa sedih sangat.. sebab terasa benor kehilangan dia...dialah antara yg mempekenalkan aku dengan dunia game pingpong di alam bekerja ni..sejak aku join opis ni.. dialah yg mula2 bawa aku ke penang...mlk... langkawi.. merata lah jugak aku merantau dgn dia... la ni tugasan kerja pejabat pun selalu deal dengan dia.. apapun, semuanya takdir yang telah ditentukan.. salam takziah buat keluarga En. Taufan... Moga roh beliau dirahmati dan diberkati... Al-Fatihah untuk beliau...

Rabu, September 24, 2008

Salam Ramadhan 1429H

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik... hari ni dah masuk hari ke-24 umat Islam Malaysia berpuasa... Syukur padamu Ya Allah...

sejak bermulanya ramadhan thn ni, aku dah mula survive tanpa hubby di sisi... Husband aku dpt jawatan dan penempatan baru . syukur alhamdulillah... Penempatan baru dia kini adalah di Pusat Serenti Tampin Melaka.... Perjalanan dengan motor kapcai dia 'honda wave 125' berjaya mengambil masa selama 2 jam antara PST dengan umah sewa di Bandar Tun Razak...

Mula-mula, memang teribble rasanya... semuanya perlu dilakukan sendirian... sedih, sayu, rindu toksah kata.. Memang baby ada dengan aku.. namun itulah salah satu punca aku berperasaan sedemikian.. ragam baby pada mulanya seakan merajuk dengan abahnya yang tidak pulang setelah 3 hari... ragam baby berubah pada hari ke5 dengan merapatkan handphone ke mulutnya...seolah-olah mencium abahnya yang hanya kelihatan gambar statik di handphone aku... panggilan 3G (video call) tak dapat dilakukan sebab area Tampin takde 3G. Menitis gak aaa air mata aku melihatkan tindakan baby... Kini, kami agak tabah dan ragam baby mulai seolah-olah memahami situasi yang baru..

Izzah tidak pandai merangkak... namun menyusur ke depan.. dah agak laju mengejar terutama apabila aku di dapur...Mujur siaran astro oasis melekakan dia dengan tayangan bacaan al-Quran...zikir2 dan alunan merdu azan... tika itu dptlah aku buat aktiviti aku di mana jua samada di bilik mahupun di dapur.

Bulan poser ni pastinya teringatkan abang dgn famili dia yg jauh di Wales... Konpem tak balik lagi lah raya kali ni.. semalam kali ke-2 kiriman bungkusan secara pos laju dihantar ke sana... Semoga bungkusan tersebut akan diterima dengan selamat sebelum tibanya syawal.. sebab aku belikan baju melayu untuk abg terchenta.... anak2 dia dengan kakak ipar aku dah ada pakaian raya dari famili mertua abg aku... so, aku belikanlah utk abg aku baju melayu.. anak2 sedara aku kirimkan kain pelikat..ntahlah maybe besar lagi tuk dipakai... kakak ipar aku..akan dpt tudung dgn brooch... moga gembira di Aidilfitri kali ni...khabarnya akan ambil kesempatan bercuti ke Paris.. takpelah.. balik Mesia mana sempat sekadar cuti 2 hari kan..

Planning aku untuk pulang beraya... Hajat untuk balik beraya ke rumah mertua tak dpt dipenuhi...sebab hubby aku keje untuk raya pertama dan raya ke-2.... InsyaAllah kami akan gerak ke Taiping pada hari raya ke-3. Oleh kerana kami berjauhan, rancangan pergerakan hanya dilakukan setelah hubby aku kembali ke KL merangkap menjemput kami ke kampung Melaka.... Tindakan tersebut memudahkan perjalanan seterusnya kerana kini hubby aku menggunakan motornya sebagai kenderaan rasmi.. jadi kenalah parking motor tersebut di rumah dan mulakan semua perjalanan dengan kereta rasmi kami yg sedia ada... Mudah pada aku adalah setelah kembali dari kampung Taiping...aku tak perlulah menghantar hubby ke Melaka..malahan perjalanan hubby ke tempat kerja nya akan bermula dari rumah sewa... sekurang-kurangnya dia pun lega menunaikan tanggungjawab dengan membawa kami ke kampung... aku pun belum penah mulakan memandu sendirian dengan baby ke kampung...perjalanan paling jauh pun dengan jarak antara putrajaya - BTR aje...

Hari ni aku kena minta excuse dari bos untuk ke klinik... mata Izzah bengkak ntah kenapa.. kebetulan batuk aku kian mengeras dan memedihkan... Harap tak de yg serius....

Oklah.. semoga ujian di bulan yang mulia ini dapat dihadapi dengan tenang dan tabah dalam menuju keredhaan yang maha Esa...