Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Isnin, Disember 04, 2006

Treasure Hunt Bersama AADK Selangor

Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku join program hubby aku... dia yg ajak aku join dia coz member dia sorang tarik diri...tup2 dia yg daftarkan nama aku...

Yang bestnya, dpt t-shirt free... hahaha.. warna hitam.. ok la cuma lengan pendek.. takpe.. aku pun dah biasa.. pakai t-shirt 2 lapis tuk kaber lengan pendek tu...

bermulalah perjalanan seawal 8 pagi dari laman opis dia ke Bulatan Assunta...ke Kg Melayu Subang..menghala ke Lebuhraya Guthrie.. singgah R&R Rawang (jumpa dengan anak PakCIk Rahim - Kak Long...dia nak ke Penang, ada kenduri kawin katanya).. then kitorang terus ke Bukit Beruntung...menghala ke AADK Kuala Kubu Baru... Then pusing ke Rasa, masuk ke Ulu Yam..Batu Caves... Ampang...Bandar Tasik Selatan...(MRR2), then menghala ke Balakong...terus ke Bangi melalui Kajang Silk.. then Bangi Lama ke Sepang.. dan berakhir di Pusat Serenti Dengkil...pada jam 2.50 petang...

Penat toksah cakap.. sakit kepala lagi.. tapi aku teruskan jugak sebab hehehe..aku dok kat belakang jerk.. jadi 'Mem'... bila tak larat sangat.. aku tido laaaaaaa...

Tapi peristiwa pahit manis tetap dirasai... di sini, kenallah yg mana kawan dan yg mana lawan... Walaupun kami kalah, tapi tidak menjejaskan semangat untuk menyertainya sekali lagi... InsyaAllah... hubby aku tu tak puas hati.. katanya dia nak join lagi lain kali.. tak kiralah kat opis aku ke, peringkat apa2 ke... ehehehe... tak sangka erk, rupanya mencetus bakat terendam rupanya.. hehhhe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan