Assalamualaikum...
Hujung minggu lepas adalah cuti thn baru cina... kali nih, planning nak bercuti ke Cherating terpaksa aku dan hubby batalkan atas urusan keluarga... Sedih mmglah sedih terpaksa batalkan kerana bukannya mudah untuk aku dan hubby pergi bercuti kebelakangan tahun nih...
Urusan keluarga tu kitorang penuhi ke Kelantan.. berjalan jugak ramai2 tapi biasalah penatnya toksah kata kerana terasa jauh sangat dan agak terkejar-kejar dengan plan lain... iaitu yg paling utama adalah majlis pertunangan abg aku pada 19hb Februari 2007.
Tahniah aku ucapkan kerana berjaya membuatkan kita sekeluarga berjln ke Kelantan...
Sebelum itu, byk buat persiapan jugak sebab ramai yg pergi..
Pertama-tamanya, brg hantaran.. aku gi beli brg seperti reben, kotak hiasan dan yg sewaktu dengannya... kemudian, planning kenderaan, penginapan, makanan, masa perjalanan dan duit belanja perjalanan serta brg kenang-kenangan. Persiapan aje dah membuatkan aku terlalu penat, sampai aku terus bercuti selama seminggu termasuk MC kerana demam...
so, gambar2 tuk kenangan di Kelantan akan aku masukkan dlm fotopages aku nanti, InsyaAllah.
:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
pergh cuti seminggu kekekeke
BalasPadamsiyan..tp mmg la jalan jauh + ramai org mmg hectic sket :D