Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Mac 29, 2007

Langkah Pertama...

Assalamualaikum...

Smalam, bertarikh 28/3/2007 merupakan tarikh aku dan hubby memulakan langkah pertama dalam pembelian rumah idaman. Lebih kurang jam 4 petang, kami bergerak ke Kajang, iaitu opis pemaju yg telah dikenalpasti. Sampai sana, kitorang tgklah model rumah, tanyakan berkenaan projek sebelumnya dan macam-macam lagi.. Setelah kelihatan hubby aku berpuas hati dengan komitmen,layanan,pengalaman,bukti-bukti dan jawapan bagi semua soalan hubby aku ke atas pemaju ini, jadi, kami pun mendaftarkan diri sebagai pembeli rumah di Taman Pinggiran Sekamat. Rumah bernombor 18...(tak dpt no 19 sebagai no peberet aku...) hehehe...

Aku sempat menyebey berkenaan quotation bayaran peguam untuk pinjaman yang perlu aku lakukan dan akhirnya aku melantik seorang peguam dari 'Rashidah Shahriman' yang aku kenal sejak 5 thn lepas untuk mengendalikan urusan pinjaman serta pembelian rumah nih... InsyaAllah, semoga urusan ini terus berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Menurut hubby aku, ini adalah langkah pertama, langkah seterusnya adalah berkenaan urusan pinjaman yang perlu dikendalikan secepat mungkin.

Thanks my hubby coz komitmen yang dikau berikan.... :)

1 ulasan:

  1. Wahh...no 18 ker? hehehe...sama ler plaks dengan no kancil mama... senang laa aku nak ingat bila nak cari umah ko nanti... ;)

    BalasPadam