Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Selasa, Disember 28, 2010

Besday Boy N Besday Girl...

Salam...

Tarikh 27hb Disember 2010 merupakan hari ulangtahun kelahiran buat suamiku dan anak sulungku... Tahun ni disebabkan hari lahir diorang jatuh pada hari Isnin, so sekadar bagi hadiah aje la.. itupun tak sempat buka lagi bungkusannya.. kena gi keje... kata hubby.. hari rabu nanti dia plan nak balik so.. masa tu la dia nak buka hadiah tu..

em, rasa2nya dia balik hari rabu nanti sebab nak buka hadiah ke nak tgk perlawanan bola akhir? emmm..

catatan pada IC hubby, besday dia jatuh pada 25hb Disember... tapi mak abah kata, besday hubby sebenarnya 27hb Disember... so, memudahkan tuk aku ingat la kot.. hehehhe...hari istimewa tuk 2 insan tersayang... nak buat2 lupa pun, tak sampai hati.. hehhehe...

Apa-apa pun... selamat hari lahir.. semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki... Bertambah setahun umur ini moga bercambahlah juga tahap keimanan pada yg maha Esa.. InsyaAllah....

Pemergian yang tak disangka...

Salam...

Pagi 25hb aku dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang jiran iaitu En Lokman... Isteri dia se'majikan' dengan aku.... Aduh, aku benar-benar terkejut... Sungguh tak dapat menahan perasaan...

Teringatkan anak-anaknya yg belum mencecah 3 tahun... sudah bergelar anak yatim... Semoga Fizah betul betul tabah menghadapi ujian ini... Pastilah anak-anaknya merupakan kekuatan beliau... InsyaAllah...

Salam takziah buat keluarga Mr. Lokman... InsyaAllah, kami cuba membantu yang terbaik.

Pemergian tersebut mengingatkan aku kekurangan diri...
andai diri ini merupakan insan seterusnya... cukupkah bekalan akhirat... bekalan untuk yg tersayang...
andai diri ini ku letakkan di tempat Fizah, gagahkah aku.. tabahkah aku...

Sabtu, Ogos 14, 2010

Ramadhan 1431H...

Salam Ramadhan...

Hari ni dah masuk hari ke 4 berpuasa... Minggu ni aku kena gi opis gak. Kesian gak tgk hubby dengan Haziqah. Hubby sampai umah kol 2 pagi tadi sebab dia ada majlis berbuka poser kat opis dia.. so dia sambung la terawih kat sana... lepas tu baru gerak ke sini.. maunya tak letih...

Haziqah lak macam tau aje hari ni hari hujung minggu.. Lalu taska, cakap gi 'school' erk.. dia kata 'tak nak' sambil menggelengkan kepalanya.. aku cakap..'Umi gi opis' tau.. sambil tunjuk kad opis... dia muncung aje.. bilamana dah sampai opis, aku turun dari keta coz hubby hantarkan.. dia taknak salam seperti biasa..tanda dia mogok la tu.. hehehhe...

emm. nak wat camner kan..

Hari ni kak uda ajak berbuka kat umah dia... tgklah, insyaAllah kalau takde apa hal.. sampailah kami sume... la ni aku masih di opis.. konpem tak masak la... emm, ajak hubby gi pasar ramadhan bandar tun razak, kot. hehehhe

Selasa, Jun 01, 2010

Agen Vitagen Home Delivery @ Kg Sg Sekamat

Salam...

Kini, aku adalah salah seorang agen Penghantar Vitagen Rumah ke Rumah... Saje menambahkan aktiviti...

Harga regular (LB, Orange, Grape, Pineapple,Apple, Asst) untuk 1 pek (5 botol) adalah RM3.70 tapi kalau amek 3 pek sekaligus, harga adalah RM11.00

Harga untuk Less sugar (LB, Grape, Orange) pula 1 pek (5 botol) adalah RM4.30.

Harga untuk LB Collagen bagi 1 pek (5 botol) adalah RM6.00

Boleh order thru sms 012-2863449 dengan memaklumkan siapa, alamat umah, jenis pengorderan, bilangan order. Kalau boleh, maklumkan juga target hari penerimaan order yang dibuat.

Boleh juga order thru emel (puzie19@yahoo.com).

:)

Ahad, Mei 16, 2010

Aset baru...

Assalamualaikum...

Dah beli laptop baru.. pengganti laptop yg telah menjadi mangsa curi thn lepas...

beli pada hari Isnin (10/05/2010) iaitu pada hari hubby menjalani minor operation... so, 3 hari menemani hubby di wad... aku dok mengadap laptop ni...jadi kurang bosanlah jadinya...hehehe...

Mmg dah ada broadband maxis.. so bolehlah online kat wad hari tu.. kat umah pun, line clear.. harap2 sumenya ok... :)

Khamis, Februari 25, 2010

Dugaan....

Assalamualaikum...

Kejab aje dah nak abis bulan 2, 2010.. Cepat betul masa berlalu...
Kiranya bln ni, aku byk amek cuti... gara-gara dugaan yg melanda pada kesihatan abg iparku... Bergegas ke sana ke sini... Benar-benar mencabar tahap ketahanan diri... Emm, bila dah selesai... 'ketahanan diri' tu pun rebah... Aku layan tido aje la gamaknya.. hehehhe.. qada' tido la katakan...

Perjalanan yg diharungi dari Kajang ke Kuala Terengganu... seterusnya ke Taiping dengan highway Timur-Barat, kembali ke KL demi tugas... Kemudian, balik ke Taiping berurusan dengan Hospital Taiping. Balik semula ke Kajang untuk perubatan di Darussyifa', Bangi. Seterusnya berulang ke Taiping dan Kajang.... Urusan tersebut kini menampakkan perubahan yang lebih baik, Alhamdulillah...

Kiranya disebabkan dugaan ini, mak mertua aku dah sampai la kat umah aku.. cuma abah aje yg belum sampai... Agak2nya bila lah abah leh sampai umah aku kat Kajang ni, erk... emmm...

Along pun dah balik ke Terengganu dengan tiket flight... Wah, rezeki dia la gamaknya.. Namun, keputusan darah dia masih belum diambil di klinik... Masih belum berkesempatan. Harap2, keputusan darah tu menunjukkan seperti yang diharapkan. :)

Isnin, Januari 04, 2010

Cuti akhir thn 2009... awal thn 2010

Assalamualaikum...

Emmm.. kini telah bermulalah thn 2010... hari ni hari pertama kerja di tahun baru.

Kembali cerita besday present Haziqah... wah, bukan main suka lagi dia dapat Pooh tu... peluk sakan.. hingga kan aku atau hubby nak amek Pooh tu pun dia bising.. merengek rengek... direbutnya kembali Pooh tu... hehhe... Abahnya plak, nampak happy dan makin ensem la kot dengan baju batik baru dia tu... mlm 30hb tu dia ada dinner dengan staf dia kat Kuala Sg Baru... dia pakailah baju batik tu.. maklumlah baju baru... emmm... Gambar erk.. sejak kamera takde.. aku cuma amek gambar guna handphone... nanti2 lah aku upload gambar...

Aku balik ke kg halaman di Melaka pada 30hb petangnya... mlm 30hb, aku ikut hubby ke majlis dinner dia... balik aje umah.. terus zZzz... letih maaa... 31hb lak hubby keje... so aku berjalan-jalan la dengan mak aku, kak ngah, bibik, najihah (anak kak ngah) dan dah semestinya anak aku.. Haziqah...

Aku mensasarkan target tuk naik 'Eye On Malaysia' yg dah ada kat Melaka.. hehhehe.. dapat.. diorang ni ikut kononnya berani rupanya takut.. kesian lak aku tgk diorang... dengan kak ngah sakan berpeluh peluh... ada Mykad, harga RM20 dikurangkan jadi RM10... warga emas dikenakan caj RM17, dengan mykad jadi RM8... total yg aku bayar cuma RM48.. itupun kak ngah yg hulurkan duit.. sepatutnya 4 kali pusingan tapi ikut kiraan kitorang dah jadi 5 pusingan... hahahaha...

Kemudian, sasaran tuk kak ngah nak naik Menara Taming Sari... tapi sebab dia ketakutan naik 'Eye On Malaysia', terbatallah jadinya... then dia ajak naik 'Melaka River Cruise'... aku ikut aje.. so, naiklah kami feri melayari Sg Melaka... hehehe.. terasa jadi pelancong lak... tempoh perjalanan pergi balik melayari Sg Melaka lebih kurang 50 minit.

Sasaran seterusnya adalah Zoo Melaka.. tapi tergendala sebab cermin mata aku patah.. so, kenalah cari pengganti... oleh itu sasaran ke Zoo Melaka tertunda ke hari esoknya... akhirnya petang itu, aku dapat cermin mata baru... Malamnya, kami sekeluarga makan malam di luar.. kat kedai makan yg tak jauh dari umah mak aku.. chicken chop... kak ngah kata kat situ tempat yg paling sedap buat chicken chop... emmm, pada aku kureng sket sebab ayam tu goreng terlalu garing...

Malam tahun baru, aku mensasarkan untuk ronda-ronda sambil tgk percikan bunga api... tapi tak berjaya... sebab dah terlalu letih.. kononnya boleh tgk dari halaman rumah tetapi tak berkesampaian juga... :(

Pada 1hb Januari 2009, aku bersama hubby dan Haziqah ke A'Farmosa Water World. Tapi 1 Januari 2010, aku sekeluarga, mak, kak uda sekeluarga dan kak ngah sekeluarga menziarahi sedara mara di Zoo Melaka... hehehhe... sampai kat situ hampir waktu solat Jumaat, jadi kaum pompuan meneruskan ziarah sambil berjalan kaki dan kaum lelaki terus keluar menunaikan solat Jumaat... aku ambil kesempatan menunggang kuda dengan haziqah... pada mulanya, dia ketakutan... haiwan2 lain tak agresif sangat mungkin bosan atau dah kenyang... haiwan yg paling menarik minat dia adalah 'GAJAH'... hahaha... 3 kali dia ke tempat Gajah.. dia menjerit 'ELEPHANT' sambil melompat-lompat... sesudah di port permulaan, tren keretapi memulakan tugas setelah off waktu lunch... kami semua ambil kesempatan naik tren pula mengelilingi zoo... sampai tempat pertunjukkan gajah, kami turun dan menyaksikan gelagat gajah yg dilatih.. Akhirnya kami pulang ke rumah jam 5.30 petang... letih toksah cakap...

Kami semua kembali ke lembah Kelang pada 2hb Januari.. sebab abang aku buat besday party tuk anak dia.. Dzul Helmi Iskandar yg ke 7 thn kat McD BTHO... Wah.. paling happenning rasanya... cuma tempat tuk majlis agak sempit dengan kuantiti ahli keluarga yg ramai.. hehhehe.. Apa2 pun.. "Is... Makcik ucapkan 'Happy Birthday to u'... Smoga pjg umur dan dimurahkan rezeki... Rajin-rajinlah belajar.. dan jangan lupa solat"