Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Selasa, Jun 01, 2010

Agen Vitagen Home Delivery @ Kg Sg Sekamat

Salam...

Kini, aku adalah salah seorang agen Penghantar Vitagen Rumah ke Rumah... Saje menambahkan aktiviti...

Harga regular (LB, Orange, Grape, Pineapple,Apple, Asst) untuk 1 pek (5 botol) adalah RM3.70 tapi kalau amek 3 pek sekaligus, harga adalah RM11.00

Harga untuk Less sugar (LB, Grape, Orange) pula 1 pek (5 botol) adalah RM4.30.

Harga untuk LB Collagen bagi 1 pek (5 botol) adalah RM6.00

Boleh order thru sms 012-2863449 dengan memaklumkan siapa, alamat umah, jenis pengorderan, bilangan order. Kalau boleh, maklumkan juga target hari penerimaan order yang dibuat.

Boleh juga order thru emel (puzie19@yahoo.com).

:)

Selasa, Oktober 13, 2009

Makan makan makan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, selesai sudah majlis jamuan Aidilfitri yang direncanakan sebelum ini... Terima kasih yang tak terhingga buat Mak Moon, Kak uda, Abg Sham, adik aku... dan pembantu rumah kak uda... serta anak-anak sedara... atas bantuan persediaan sesi jamuan di rumah baru aku...

Senarai menu yang berjaya dihasilkan;
- Nasi putih dan lauk pauk; asam pedas ikan, ulam, sambal belacan, kari ayam dan ayam kampung masak lemak rebung, salad coslow
- Mi Soto dan begedil
- Nasi impit, rendang
- Roti jala
- Tapai
- Cucur pisang
- Buah Tembikai
- Air sirap/oren sunquick
- Air masak
- Biskut raya / kerepek

Menu tersebut ada lebihan sikit dan dapat untuk menu sarapan pagi keesokan hari...

Antara tetamu yang hadir;
- Mak Moon... Mak Mah dengan abah tak dapat dtg (keluarga mertua tak dpt dtg.. )..
- Pakcik Makip, Mak Kiah dengan Ajib..
- Adik beradik (aku); Abg Jenal, Kak Ngah (dtg sehari awal - then balik Mlk, tinggal Syahril dengan Syahirah), Kak Uda sekeluarga, Abg Bakar dengan anak-anak, Abg Wahid dengan Syafiq, Aziz dengan Ruby, Munira & tunangnya...
- Sedara Hubby; Pak Teh sekeluarga, Pak Ndak sekeluarga, Kak Ana dengan anak-anak...
- Kawan opis aku; Kak Lia sekeluarga, Kak Su sekeluarga, Abg Ujang sekeluarga, Kak Zaini dan suami, Kak Jamie dan anak-anak, Kak Yam sekeluarga, Kak Wira sekeluarga, Zainurin sekeluarga, Abg Mizi sekeluarga, Azham sekeluarga, Azrul Hisham sekeluarga, Yunos dgn kawan2nya, Acap (Esset) dengan isteri, Puan Maizura dengan suami, Ruby dengan Siti Zulhijah, Kak Haslina sekeluarga, En Azizan sekeluarga...
- Taska Anna - Owner taska dan semua penjaga serta anak-anak..
- Kawan opis Hubby - Tampin...
- Jiran kitorang (TPS); Nik sekeluarga, Abg Faidzal sekeluarga, Saipul sekeluarga, Ghiya dan isteri, Abg Zul dan isteri, Cikgu Hazman sekeluarga, En Shuib sekeluarga, Zue sekeluarga, Lokman sekeluarga, Cikgu sekeluarga, Kak Zulliah serta adiknya sekeluarga, Pak On sekeluarga...
- Kawan kitorang; Yuslyna sekeluarga, Abg Jijol sekeluarga, YB sekeluarga, Kak Nad, Kak Anim sekeluarga (BTHO), Ungku Mardiah sekeluarga, Ustaz sekeluarga, Mr Joe sekeluarga...
- Sepupu aku ; Kak Yong sekeluarga, Hamzah...
- BTR; Abg Ajib sekeluarga...

Yang tak datang tu, takpe.. lain kali leh dtg juga... cuma kali ni aje la yg nampak cam meriah sket...

Lega dan seronok apabila sesi ni berjalan dengan lancar... Mak Moon pun dah pulang ke Melaka by Isnin petang... :)

Khamis, Jun 11, 2009

Ku redha akan takdirMu...

Assalamualaikum...

Tanggal 27 Mei 09 merupakan tarikh keramat semenjak perpindahan ke rumah di Taman Pinggiran Sekamat (TPS). Genap sebulan kami memulakan kehidupan di rumah berkenaan, kejadian pertama 'pecah masuk' telah berlaku di rumah ku...

Sesungguhnya peristiwa yang berlaku tersebut akan lebih mendekatkanku denganMu, Ya Allah... Aku redha akan takdirMu.. pasti ada hikmah atas setiap yang berlaku... Pastinya ada mesej yang tersurat dan tersirat yang disampaikan... Aku mohon keampunan atas segala dosa2ku dan keluargaku... Sesungguhnya Kaulah yang lebih mengetahui...

27/5/09...
Aku keluar bekerja mulai jam 7.00 pagi, seterusnya menghantar Haziqah ke Taska Anna... Hubby ada pagi tu di rumah, juga bersiap untuk ke Pusat Serenti Tampin dari Kajang... Sekembalinya ke rumah dengan Haziqah jam 7 ptg, seperti biasa aku menyiram anak benih terung dan pisang comel. Awal pagi, aku sempat menyidai toto serta kain baju.. jadi ptgnya aku mengangkat kain baju berkenaan tanpa menyedari sebarang perubahan. Haziqah pula seolah-olah tidak mahu masuk ke dalam rumah apabila aku masih di luar... setelah siap tugasan sampingan... aku masuk dgn Haziqah.. Tahap keletihan yang ketara di samping kepala aku yg tak stabil, aku duduk berehat sambil mengunyah roti dan tgk 'Astro Oasis' sehingga azan mahgrib kedengaran. Setelah azan, aku melangkah ke dapur. Barulah aku tersedar yg ruang makan rumahku telah bertaburan... Aku blur. Seingat aku, masa keluar pagi tu.. takde barang yg berselerakan di atas lantai... Aku cuba menguatkan ingatan adakah aku atau hubby aku yg menyelerakkan barang-barang terutamanya yg di dalam kotak. Sedangkan baru 3 hari, kami siap mengemas barang-barang di tingkat bawah. Aku intai ke dapur dan mendapati pintu kabinet dapur juga dalam keadaan terbuka. Seingat aku, aku tak biarkan pintu-pintu kabinet terbuka sedemikian ketika keluar dari umah pagi tu sebab aku hanya menggoreng 'nugget' untuk bekalan Haziqah ke taska.

Apabila aku mengangkat kepala dan melihat ke bilik belakang di tingkat bawah, aku nampak grill tingkap serta langsir telah ternganga. Baru aku tersedar bahawa 'rumahku telah dimasuki pencuri'... Aku terus berlari mengambil Haziqah, beg tangan, handphone dan kunci rumah, seterusnya keluar dari rumah sambil menuju ke rumah jiran yg terdekat... Aku cuba hubungi hubby namun tidak berjaya... Panik gila rasanya... aku mula menangis... Aku cuba memanggil Azie (jiran no 11) tapi mungkin tak kedengaran, aku hubungi Saipul (jiran no 12).. Dia terus keluar dan menuju ke rumahku... Jiran-jiran lain mulai keluar... Aku cuba hubungi hubby hingga berjaya, maklumlah waktu maghrib... aku hubungi kakak aku... aku hubungi 112 (talian kecemasan dari handphone). Ntah saper lagi yg aku hubungi ntah... mujurlah handphone aku boleh berfungsi dengan baik...

Jiran-jiran menemani aku dan bergilir-gilir menunaikan solat maghrib... Kemudian, beramai-ramai naik ke tingkat atas rumahku dengan kayu di tangan masing-masing bagi memastikan tiada sesiapa pun di tingkat atas. Keadaan di tingkat atas amat menyedihkan, ditambah lagi notebook kesayangan aku tiada di kedudukan yg ditinggalkan. Saipul hubungi polis peronda dan dalam beberapa minit polis datang menjengah. Beliau mengarahkan aku untuk ke balai membuat laporan bertulis.

Aku menumpang solat di rumah Azie, kemudian kakak aku sampai... aku cuba bertenang dan kembali ke rumah dan ntahlah... abg ipar aku dengan kakak aku temankan aku ke balai, sementara jiran2 berdiri di depan rumah menunggu hubby aku kembali dari Tampin. Di balai, abg aku (Aziz dengan Bakar) dtg, adik aku (Munira) pun datang... so, ramai adik beradik aku yg temankan ketika ingin membuat laporan. Aku jadi kuat dan aku perhatikan ramai insan lain yang mempunyai masalah masing2 membuat laporan di balai... Aku mulai reda sebab masalah aku tidak sehebat masalah mereka...

Sekembali dari balai, hubby dah ada... Kami cuba bersiap untuk keluar makan tapi tak sempat pun, pihak polis dah sampai... Aku perhatikan pemeriksaan mereka. Emm, sekadar jengah aje pun.. ambil gambar brg2 yg berselerakan... ntah la... maklumlah aku ni suka tgk CSI kat tv tu... aku kecewa... namun ada seorang anggota polis yg cuba mendapatkan cap ibu jari di bilik tidur utama sebab kat situ ada beberapa brg yg beralih kedudukan seperti kotak hadiah anniversary, pisau dsb. Salah seorang dari polis berkenaan menjangkakan suspek berkemungkinan adalah 'penagih dadah'. Aku malas nak tanya lebih lanjut sebab tiada bukti suspek adalah penadih atau pendatang...

Barang-barang yg dikenalpasti hilang; notebook acer dengan beg notebook, modem broadband dengan simkad celcom, digital kamera, brg kemas dan mungkin duit juga. Duit singgit2 suspek tak heran, sajer disepahkan... duit syiling lagilah... berat kot... duit yg besar macam RM50 ke RM10, sure la dia kebas... Aku terpikir, kalau suspek adalah penagih (seperti sangkaan polis), kenapa duit singgit2 tak diambilnya, kenapa cermin mata hitamku tak diambilnya, kenapa semua Al-quran, Yaasin, tafsir ditelangkupkan atau dihadang dengan rehal, bakul dan pisau... emm, byk persoalan yg timbul di benakku...

Malam tersebut, hubby bawa kami bertiga tidur di rumah kakak aku di BTHO.

28/5/09...
Kami berdua ambil cuti kecemasan untuk menguruskan urusan selanjutnya.... Tokey grill dtg, kitorang tukar plan macam-macam... hubby cadang tuk tukar tingkap berkenaan ke jenis nako... sebab katanya aluminium yg cover cermin berkenaan terlalu lembut dan mudah untuk diumpil... Sedang kami berlegar-legar di belakang rumah, aku nampak sebelah stoking 'istimewa' Haziqah ada di luar pintu pagar belakang... seingat aku, kami blom lagi buka pintu pagar tersebut... Jadi, aku menjangkakan suspek masuk keluar menerusi pintu pagar belakang rumahku. Stoking tu mungkin terikut beg notebook dan terjatuh setelah suspek panjat keluar dari pintu pagar belakang. Hal ini membuatkan aku bertambah kecewa dengan penyiasatan yg dilakukan mlm sebelum tu.

Petangnya aku cuba hubungi call centre celcom bagi memaklumkan berkenaan kehilangan broadband dan simkadnya. Aku dimaklumkan pihak celcom boleh menggantikan kehilangan simkad berkenaan tapi aku taknak. sebelum notebook aku lesap pun, aku tak dapat menikmati langsung perkhidmatan broadband celcom di rumah... sedangkan line maxis broadband sangat cemerlang di umah aku... Kini, notebookku lesap...pihak celcom hanya leh ganti simkad.. notebook dan modem aku kena beli lain dan kos ditanggung sendiri... Arghh.. mmg aku taknak teruskan sebab perkhidmatan celcom broadband sangat teruk, tambah dengan notebook takde.. modem lagi... pihak call centre celcom bgtau dia dah blocked simkad aku. Bila aku tanya berkenaan bayaran bulanan, aku masih perlu menjelaskan bil seperti biasa. Alasannya aku terikat dengan kontrak, jadi jika aku nak tamatkan perkhidmatan awal,aku didenda RM150... bila dah bising2, staff call center berkenaan sruh aku ke cawangan terdekat untuk deal...

Di cawangan celcom di Sg. Chua Kajang... aku mohon termination dengan salinan laporan polis... staff kaunter tu kata termination boleh dibuat tetapi kena bayar penalti. Mulanya dimaklumkan penalti sebanyak RM150... kemudian, staff kaunter tu maklumkan semula kepada aku yg aku kena penalti sebanyak RM300 kalau nak terminate awal. Maunya aku tak mengamuk.. Suka suka hati nak sruh byr sampai Rm300... Konon itulah. konon inilah.. MMG MELAMPAU!!! Dahla takleh guna perkhidmatan broadband celcom kat umah... tambah lagi umah aku kena pecah masuk, brg hilang, brg berselerakan, hati sakit.. dpt plak layanan hampeh macam tuh...

Aku hubungi pula agen celcom yg deal kat opis aku.. Lepas dah bising2, dia cuba coolkan aku... dia sruh aku buat surat dan salinan laporan polis untuk termination. Dia janji akan dtg ke opis pada hari Isnin... Em.. janji tinggal janji... Hari kamis or Jumaat yg lepas, baru dia dtg...

29/6/09..
Urusan tukar tingkap selesai... aku mulalah berkemas sikit2 sambil menenangkan hati.. Dapat pastikan dokumen penting aku dan hubby masih ada di rumah membuatkan kami sangat lega. Oleh itu, tak perlulah kami ke pejabat2 yang berkenaan untuk laporkan kehilangan dokumen seperti geran kereta, surat beranak dan sbg.

30/6/09..
Pemasangan grill di bilik bawah dan tambahan plug pada kesemua grill dilakukan. Plug berkenaan adalah untuk mengukuhkan kekuatan pasak grill berkenaan. Namun ada 1 lagi tingkap yg tak bergrill sebab ukuran dah tak sama.. so kena tunggu lain hari untuk pemasangan grill berkenaan. Lepas siap semuanya, barulah berkemas-kemas untuk pulang ke kampung halamanku....

31/5/09..
Majlis pertunangan adik kesayangan aku... Munira dengan pasangannya.. Semoga ikatan ini akan diakhiri dengan akad pernikahan... InsyaAllah...
Sebelum kembali ke TPS, aku pun crite kat mak aku. Bukan apa, naluri ibu mesti terasa serba sikit... lagipun lebih baik aku sendiri yg bgtau dia secara berdepan berbanding berita tersebut sampai padanya oleh org lain... Alhamdulillah dia dpt terima dan bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

03/6/09..
Aku hubungi acer untuk maklumkan kehilangan notebook kesayangan aku... ada sket good news. Sebab acer ada system yang log laporan kehilangan merujuk kepada serial no notebook berkenaan dan salinan laporan polis… If notebook tersebut dikembalikan untuk penyelenggaraan dan dikesan sebagai brg kecurian… acer akan ambil tindakan selanjutnya dan owner akan dihubungi.. Kenyataan tersebut yang mengembalikan semangat aku… Harap2 ada info lah hendaknya…

04/6/09..
Pemasangan grill yang satu lagi di tingkap bilik bawah. Lega sangat sebab hujung minggu, kami akan pulang ke kampung hubby sebab kenduri adik ipar pula. Setelah siap pemasangan grill ni, bolehlah kami pulang dengan lapang hati... InsyaAllah...

05/6/09 - 07/6/09..
Kami bergerak pulang sebelum maghrib menjelma... dan sampai di Sg Siput lewat jam 10 mlm... majlis akad nikah dah selesai.. Alhamdulillah.
Majlis di rumah pihak perempuan di Sg Siput berjln dengan lancar... Begitu juga majlis di rumah mertua ku... Alhamdulillah... sangat meriah dengan persembahan silat, rebana dan anak aku sendiri.. hehehhe...

08/6/09...
Kami bersiap untuk kembali ke TPS setelah selesai semua urusan... Kami barulah dapat menceritakan kejadian 'pecah masuk' kepada mertuaku... Mereka sungguh terkejut dan kami minta doa dan nasihat dari mereka... Kata-kata perangsang mereka menjadikan kami lebih tabah dan cekal...

Tarikh ini merupakan hari ulangtahun adik aku yg ke-27. Selamat hari ulangtahun Munie dan semoga kekal ceria serta dirahmati Illahi... :)

09/6/09..
Pemasangan sistem alarm (EXTEND) di rumah ku.. Ini adalah antara langkah terakhir bagi mengatasi fobia dan ketakutan yang melanda kami sekeluarga sejak kejadian tersebut... Semoga kejadian ini menjadikan kami sekeluarga lebih berhati-hati, tidak lupa juga untuk jiran2 tetangga supaya sentiasa lebey berhati-hati dan bekerjasama antara satu sama lain...

Khamis, April 30, 2009

Perpindahan...

Assalamualaikum...

Kini bermulalah kisah hidup kami di rumah baru... Alhamdulillah, selesai sudah era perpindahan dari Bandar Tun Razak ke Taman Pinggiran Sekamat.

Barang-barang di rumah sewa semuanya telah dipindahkan... Rumah sewa berkenaan telah dibersihkan...siap cuci lagi.. kasi clear... Kabinet dapur yg dicadangkan untuk dijual juga telah ditempah oleh seorang makcik...Lega, selesai jugak...

Namun, barang-barang yang dipindahkan berkenaan masih belum berkemas di rumah baru.. Maklumlah, tak sempat lagi.. Aku lak keje... dengan Haziqah plak dah pandai mengada-ada sejak di rumah baru.. asyik minta perhatian, malahan akan merengek bila dia perasan yg dia keseorangan... seolah-olah ditinggalkan... Emmm, nak wat camner.. era penghijrahan pada dia, masih belum serasi lagi agaknya...

Dunia Haziqah kini di Taska Anna.. Dia masih belum menerima hakikat berada di taska... Pada mulanya, dia hanya menangis ketika balik sahaja kerana melihat ada di antara kawan-kawannya yg pulang awal, seawal jam 3.30 petang. Semalam dan hari ini, dia menangis setelah dihantar di awal pagi... Petang semalam, tika dijemput pulang dia kelihatan gembira... Ntah bagaimana pula petang ini... Harap-harap dia ceria seperti semalam....

Hari ini tugasan aku masih byk tertangguh... terutama untuk submit penyata LHDN... Aku telah cuba submit sejak sebulan yang lalu sebelum aku sibuk berkemas untuk berpindah rumah... namun hanya berjaya submit sehingga halaman ke-3 sahaja... Kini, di saat akhir agak payah untuk meneruskan tindakan.... Emm, apakan daya.. Ku tetap teruskan usaha.. InsyaAllah...

Rabu, April 22, 2009

Persediaan ke Rumah Baru...

Assalamualaikum...

Urusan di rumah baru tinggal beberapa item yang perlu diselesaikan... Kabinet dapur ada sikit defect kena diperbaiki.. defect tu kat belah dalam..bukannya kat belah luar... so, dari pandangan mata kasar.. tak de problem.. tapi bila jengah kat bawah tempat singki tu... ada gap yg membolehkan semut, cicak, lipas or cik ct lalu. Menakutkan!! Maklumlah aku ni penakut sket, opss... penggeli.. ehhehe...

Mulanya aku set appointment dengan tokey kabinet tuk perbaiki kabinet tu pada hari sabtu (25/04/09), tapi memandangkan ada pertindihan masalah... aku minta la tukar tarikh ke hari jumaat... tup2, pagi ni lak dia nak dtg umah tuk betulkan defect... mana boley... aku keje la... hubby aku pun keje... aku nak dia betulkan hari jumaat jugak..

Disebabkan kabinet dapur tu ada defect kat bawah singki, so.. nak pasang paiping tu dah tergendala... tensen betullah.. kalau tak, dah boleh proceed yang lelain...

Pemasangan langsir lak.. maklumlah.. bila drill pemasang railing langsir tu mesti akan menjadikan rumah aku yg dah basuh tu kembali berhabuk.... InsyaAllah, esok (23/04/2009) petang urusan pemasangan railing langsir dan langsir siap... Harap-harap takde masalah la hendaknya...

Laminate lantai tuk area hall dan dining... mulanya aku pun setkan juga hari sabtu ni.. tapi sebab aku plan nak cuti jumaat ni... aku sruh la diorang buat pemasangan hari jumaat.. Mr Andrew (agen floor depot yg aku deal) bagitau boley... cuma aku kena buat full payment by hari ni atau esok... emmm, risau gak bila kena buat full payment, sebab takut tiba harinya dia tak dtg2 pasang lak... Harap2 takde masalah la....

Antara perkara terakhir yg dah plan before masuk umah ialah pemasangan penapis air sukida... penapis air ni.. aku beli dari sepupu aku.... sebab byr cash.. dia bglah aku diskaun.. hehhehe.. yg ni dah plan tuk pasang hari sabtu... harap2 semuanya berjalan dengan lancar...

Bukan apa... aku dah beli dah penapis sukida cuma pasangnya kat kg melaka... then umah kakak aku pun dah pasang.. tiap2 minggu, aku gi amek air tu tuk minum kat umah... so, rasanya ada sket budget ni.. boleh teruskan usaha pasang kat umah baru... Moga air yg bersih bertambah bersih.. yang minum jadi sihat dan cergas...

Kita hanya merancang, Dia jua lah yang menentukan.... Asalnya planning nak pindah barang2.. minggu depan... tapi setelah berbincang dengan team... diorang ada hal yg perlu cuti pada 4hb Mei 2009... so, aku kenalah beralah.. aku bincang dengan hubby dan kebetulan dia tak jadi pegi kursus until 30 hb April... kitorang ambillah kesempatan tuk pindah barang hujung minggu ni...

Urusan lori.. InsyaAllah dapat by Ahad... cumanya aku terpaksa rushing untuk packing barang-barang... Moga aku diberikan kekuatan, kesihatan dan kesempatan melaksanakan urusan tersebut.

InsyaAllah, kami rancang pada hari sabtu mlm ahad (25hb April 2009) nak diadakan bacaan Yaasin sempena nak masuk rumah baru ni... Jemputan tak ramai, cuma adik beradik serta jiran-jiran di rumah baru... Maybe lepas solat Isyak, bolehlah dimulakan... Di sini, saya mengambil kesempatan untuk menjemput tuan puan, adik kakak abang, anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa yang sudi dan yang berkesempatan untuk turut menyertai majlis bacaan Yaasin di rumah kami bernombor 18. Harap dapat meluangkan masa dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Doakan agar majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancarnya dan perpindahan kami sekeluarga ke rumah baru ini membawa seribu satu hikmah, kebahagiaan dan keceriaan. InsyaAllah...

Untuk majlis doa selamat masuk rumah, perancangannya dalam bulan Jun 2009. Lepas urusan kenduri kawin kat Kg Taiping... Harap-harapnya keluarga mertua boleh join la nanti majlis doa selamat tu...

Rabu, April 15, 2009

Kabinet dapur...

Assalamualaikum...

InsyaAllah hari ini kabinet dapur akan dipasang... Mujur lah Melaka Bandaraya Bersejarah membenarkan hubby aku cuti... tuk monitor pemasangan kabinet dapur ini... Alahai, kabinet dapur umah ni biasa aje.. cuma, ianya adalah item ke 2 akhir persediaan melangkah ke umah baru... hehehe...

Harap-harap takde masalah la hendaknya.. maklumlah.. aku keje... berdebar debar lak rasanya.. ish... ptg ni, rasanya lepas keje... maunya aku terus ke sana.. naik komuter pun naiklah... hehehe... emm, lupa la tgk view thru phone...

Kalau ikut planning.. by hujung minggu ni hampir 90% kepentingan sebelum masuk umah ni dah siap.. so, bolehlah aku setat packing packing dengan lebih serius...emmm... InsyaAllah sabtu atau ahad ni.. nak cuci-cuci...

Arghh... tak sabarnya nak masuk umah sendiri... JOM PINDAH!!!
:)