Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, Jun 15, 2006

Opss.... TaG?!

Assalamualaikum...

Opss.. aku kena tag le plak, from my best friend; yus
Takpelah, aku ‘layan’ ajelah.. hehhehe…

Undang2 tag tuh camnih:
· The tagged victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.
· Have to mention the gender of his/her perfect lover.
· Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.
· If you are tagged the second time. There is NO need to do this again.
· Lastly, most importantly, HAVE FUN DOING IT

My perfect lover, of coz lah my hubby:

  • Kacak/ensem (biar sedap mata memandang)
    Walaupun hubby aku nih tak lah se-ensem brad pitt, tapi muka dia jugaklah yg aku selalu rindukan seharian.. hahhahaha…
  • Kaya (berkemampuan)
    Hubby aku nih bukanlah golongan keluarga yg berada…kalau nak diikutkan, hubby aku tuh dari keluarga yg susah, namun alhamdulillah, sebab dia pun dah keje (keje gomen lagi), so dapatlah kami teruskan kehidupan seperti org lain gak… :)
  • Romantik (pandai memujuk)
    emmm, aku nih jenis yg mmg kuat merajuk, hubby aku nih bukanlah seorang yg pandai memujuk pun, aku jugaklah yg kena pujuk diri sendiri…lagipun skarang nih, dia dah pandai pujuk aku dahh..hehehe
  • Berpesonaliti (segak)
    Dulu, masa zaman berkenalan, dia nih bukanlah jenis yg kemas dari segi berpakaian… So, sejak dah kawin, aku nih sebagai isteri pun, kadang2 jer sempat sediakan pakaian tuk dia… so, nampak kemaslah terutama tuk dia gi opis.. hahhaha… apa2pun, kalau nak kluar bersama, ada sekali tuh dia pakai seluar jeans.. rasa macam best sangat… ntah apsal ntah…nampak segak sangat kat mata aku nih.. hehehhe
  • Sedia mendengar (pasang telinga)
    Hubby aku nih sentiasa alert dengan perubahan aku… kalau aku asyik diam aje, taulah dia yg aku nih tgh merajuk ke, ada problem ke n so on lah.. so dia akan push aku tuk menceritakan masalah aku kat dia.. lagipun dulu, nama jawatan dia tuh penolong pegawai kaunselor… la nih dah tukar nama lain.. so, dia masih menggunakan jawatan tersebut dengan aku…
  • Pelawak antarabangsa (hanya aku yg leh tergelak dengan lawaknya)
    Hubby aku tuh bukanlah pelawak antarabangsa macam apek senario, cumanya kadang2 adalah sesuatu yg dilakukannya yg membuatkan aku sentiasa happy, ceria n gelak sentiasa…
  • Ada perasaan cemburu (sikit aje dah lah.. hahaha)
    Aku suka mengusik hubby tentang sesuatu perkara yg membuatkan dia akan merasa cemburu… sebagai contoh, kalau aku nak kluar dengan my best friend.. aku akan maklumkan aku nak gi dating… hehehhe.. mulanya, dia akan tanyalah macam2 soalan until dia kata ‘YES, u May!!’ hehehe… kadang2 aku akan kata gi dengan bopren lah..walhal aku kalau kuar dengan guys pun, sure ada kawan pompuan yg lain…kalau aku kata nak gi mengorat.. maknanya aku nak gi beli barang (so, aku nak mengorat tokeh kedai)… mula2, mmg terserlah jugaklah wajah cemburu dia n dia ada gak mention yg dia jealous.. la nih dia dah paham yg aku mengusik dia..:)
  • Memahami aku juga bekerjaya seperti dia.
    Sebab aku pun berkerjaya seperti dia, so kadang2 balik umah aje dah letih.. kadang2 tak dpt nak masak lauk kegemaran dia ke… tak sempat nak mengemas rumah ke.. basuh kain baju ker… so, dia tak penah nak marah2 or sruh aku berhenti keje… n kadang2 (selalunya lah), bilamana aku tak sempat nak buat semua tuh…dialah yg uruskan…emmm, kalau org lain belum tentu ada ciri2 camnih…hehehe.. jgn jealous!!
  • Berilmu agama yg lebih tinggi dari aku
    Supaya senang aku tanyakan hal2 dalam agama, so adalah jawapannya dari hubby aku tuh…

Em.. so cukup ker? Hehehhe.. Cukup lah erk…So, apa yg ada aku harapkan, aku rasa dah ada dah kat hubby aku tuh, so rasanya aku dah rasa bersyukur sangat… Alhamdulillah.. :)

Doakanlah, hubungan kami berpanjangan dan berkekalan bahagia selamanya… InsyaAllah…
ok la carik mangsa seterusnya…jeng jeng jeng.. opsssssssssssss… tak taulah nak tag saper lak.. takyahlah nak tag… hehhehe.. leh tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan