Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Rabu, September 13, 2006

WorLd All StArS

Assalamualaikum...

emm, mlm tadi aku dengan habibi aku gi tgk game ping pong anjuran Table Tennins Association of Malaysia di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras. Pertandingan tersebut adalah di antara Volkswagen 2006 China vs World All Stars, untuk Team Challenge. Tiket tu aku dpt free... ada sorang kawan tu bg kat aku.. TQ la Abg Bob.. TQ very much.. katanya, dia tak dpt pergi tgk atas urusan perkhidmatan..so dia bglah kat aku tiket serta peluang tgk game nih.. Wah!!! mmg lah best sesangat.. macam senang aje player2 tu menjalankan peranan, namun aku tau...game ping pong nampak je mcm senang.. tapi payah sebenarnya terutamanya untuk membaca gerak, gaya dan penelitian dari pihak lawan tika membalas serangan... Mmg hebat!!! Hebat... itulah yg aku mampu katakan.. aku mmg terpegun.... habibi aku pun seronok menyaksikan aksi2 player2 antarabangsa tersebut, walhal pada mulanya.. dia malas nak join aku tuk tgk game tersebut.. hehehe...

Untuk tatapan Abg Bob, ada beberapa aksi yg aku dpt rakamkan, walau tak banyak namun adalah serba sikit yg boleh aku paparkan padanya sebagai tanda penghargaan terima kasih kepadanya yg memberikan aku 2 tiket yg bernilai RM10 tanpa perlu aku membayarnya dengan wang... oleh sebab, memory card dlm kamera aku tu limited..sebab ada byk lg gambar2 yg blom didownload ke pc or cd tuk didelete..jadi, mana yg dpt aje la erk...

Tup2, aku balik ke umah dlm hampir kol 12 tgh mlm...habibi aku dah ajak balik awal sket sebelum tamatnya pertandingan tersebut dengan alasan.. esok keje... yg bestnya, sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan tersebut.. aku kecek habibi aku tuk belikan ais krim...yg ada dijual di luar dewan.. hehehhe.. dan apa yg membuatkan aku seronok lepas keluar dari dewan tersebut..ialah dpt mkn ais krim tgh2 mlm.. hahhahha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan