Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Jumaat, Disember 15, 2006

mAsuK mAhKaMaH...

Assalamualaikum...

Hari selasa lepas, aku temankan hubby aku masuk Kompleks Mahkamah di Melaka... Mujur aku dpt juga ambil cuti ganti.

Hanya semata-mata membetulkan keadaan yang mana saksi yang diminta hadir ke perbicaraan salah seorang 'penagih dadah'. Saksi yang diminta hadir itu tidak dapat dikesan, oleh itu hubby aku mewakili beliau untuk menjelaskan kedudukan yang mana saksi yang diminta hadir tidak dpt dikesan dan kes 'penagih' tersebut tiada dlm rekod AADK Selangor... Kejap aje dah selesai, namun nak tunggu satu kes demi satu kes diketengahkan memanglah lama...sampaikan aku -> tukang memerhati pun dah tak larat nak tunggu.. mengantuk sangat... hehehe..

byk perkara baru yg aku belajar berada dlm mahkamah....
di antaranya;
- tak boleh berpakaian sesuka hati..
- warna pakaian pun limited.. hitam dan putih (rasmi)... yg dtg mendengar sepatutnya begitu juga...
- kalau nak keluar masuk semasa perbicaraan, hendaklah memberi tunduk hormat kepada hakim (mejistret) walaupun hakim tak tgk....
- biasalah handphone kena offkan..
- tidak boleh bercakap walaupun berbisik dlm mahkamah kerana takut mengganggu sesi perbicaraan.

kes2 yg dikendalikan dlm mahkamah tersebut kebanyakannya berkaitan dengan kes dadah, curi batang paip, curi motosikal, curi sportrim motor. tapi yg paling byk ialah kes dadah... Bagi yg dituduh, ada yg boleh diikat jamin... bayaran bg 1 kes ialah RM5000.. byk tuh!!! kalaulah ada yg terlibat dengan 2 kes.. dah braper... ish..ish..ish... minta2 dijauhkanlah aku, keluarga aku, sedara mara aku, kawan-kawan aku, anak2 dan keturunan aku dari terlibat dengan kes2 macam nih...

mula2, aku nampak ada ahli keluarga yg mendekati tertuduh (ada kaitan le tuh)... ada seorang ibu menitiskan air mata, seorang bapa yg membelai anaknya yg dituduh.. aku pun tak sampai hati... sampaikan aku sendiri jadi marah (emosi) sebab anak2 buat hal hingga ke kes mahkamah.. ibu bapa dan saudara mara turut terbabit ke perbicaraan... ish... ntahlah tak tau nak describe kan...

selesai aje kes hubby aku.. kami pun gerak balik.. sempat lagi singgah rumah pak sedara aku yg nak buat kenduri kawin hujung minggu nih....sebab hubby aku tak dpt balik gi kenduri sepupu aku nanti.. dia kena kerja..ada program kat Ulu Yam... kalau aku tak kena outstation, aku baliklah kg sorang2.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan