Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Khamis, April 30, 2009

Perpindahan...

Assalamualaikum...

Kini bermulalah kisah hidup kami di rumah baru... Alhamdulillah, selesai sudah era perpindahan dari Bandar Tun Razak ke Taman Pinggiran Sekamat.

Barang-barang di rumah sewa semuanya telah dipindahkan... Rumah sewa berkenaan telah dibersihkan...siap cuci lagi.. kasi clear... Kabinet dapur yg dicadangkan untuk dijual juga telah ditempah oleh seorang makcik...Lega, selesai jugak...

Namun, barang-barang yang dipindahkan berkenaan masih belum berkemas di rumah baru.. Maklumlah, tak sempat lagi.. Aku lak keje... dengan Haziqah plak dah pandai mengada-ada sejak di rumah baru.. asyik minta perhatian, malahan akan merengek bila dia perasan yg dia keseorangan... seolah-olah ditinggalkan... Emmm, nak wat camner.. era penghijrahan pada dia, masih belum serasi lagi agaknya...

Dunia Haziqah kini di Taska Anna.. Dia masih belum menerima hakikat berada di taska... Pada mulanya, dia hanya menangis ketika balik sahaja kerana melihat ada di antara kawan-kawannya yg pulang awal, seawal jam 3.30 petang. Semalam dan hari ini, dia menangis setelah dihantar di awal pagi... Petang semalam, tika dijemput pulang dia kelihatan gembira... Ntah bagaimana pula petang ini... Harap-harap dia ceria seperti semalam....

Hari ini tugasan aku masih byk tertangguh... terutama untuk submit penyata LHDN... Aku telah cuba submit sejak sebulan yang lalu sebelum aku sibuk berkemas untuk berpindah rumah... namun hanya berjaya submit sehingga halaman ke-3 sahaja... Kini, di saat akhir agak payah untuk meneruskan tindakan.... Emm, apakan daya.. Ku tetap teruskan usaha.. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan