Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Rabu, April 22, 2009

Persediaan ke Rumah Baru...

Assalamualaikum...

Urusan di rumah baru tinggal beberapa item yang perlu diselesaikan... Kabinet dapur ada sikit defect kena diperbaiki.. defect tu kat belah dalam..bukannya kat belah luar... so, dari pandangan mata kasar.. tak de problem.. tapi bila jengah kat bawah tempat singki tu... ada gap yg membolehkan semut, cicak, lipas or cik ct lalu. Menakutkan!! Maklumlah aku ni penakut sket, opss... penggeli.. ehhehe...

Mulanya aku set appointment dengan tokey kabinet tuk perbaiki kabinet tu pada hari sabtu (25/04/09), tapi memandangkan ada pertindihan masalah... aku minta la tukar tarikh ke hari jumaat... tup2, pagi ni lak dia nak dtg umah tuk betulkan defect... mana boley... aku keje la... hubby aku pun keje... aku nak dia betulkan hari jumaat jugak..

Disebabkan kabinet dapur tu ada defect kat bawah singki, so.. nak pasang paiping tu dah tergendala... tensen betullah.. kalau tak, dah boleh proceed yang lelain...

Pemasangan langsir lak.. maklumlah.. bila drill pemasang railing langsir tu mesti akan menjadikan rumah aku yg dah basuh tu kembali berhabuk.... InsyaAllah, esok (23/04/2009) petang urusan pemasangan railing langsir dan langsir siap... Harap-harap takde masalah la hendaknya...

Laminate lantai tuk area hall dan dining... mulanya aku pun setkan juga hari sabtu ni.. tapi sebab aku plan nak cuti jumaat ni... aku sruh la diorang buat pemasangan hari jumaat.. Mr Andrew (agen floor depot yg aku deal) bagitau boley... cuma aku kena buat full payment by hari ni atau esok... emmm, risau gak bila kena buat full payment, sebab takut tiba harinya dia tak dtg2 pasang lak... Harap2 takde masalah la....

Antara perkara terakhir yg dah plan before masuk umah ialah pemasangan penapis air sukida... penapis air ni.. aku beli dari sepupu aku.... sebab byr cash.. dia bglah aku diskaun.. hehhehe.. yg ni dah plan tuk pasang hari sabtu... harap2 semuanya berjalan dengan lancar...

Bukan apa... aku dah beli dah penapis sukida cuma pasangnya kat kg melaka... then umah kakak aku pun dah pasang.. tiap2 minggu, aku gi amek air tu tuk minum kat umah... so, rasanya ada sket budget ni.. boleh teruskan usaha pasang kat umah baru... Moga air yg bersih bertambah bersih.. yang minum jadi sihat dan cergas...

Kita hanya merancang, Dia jua lah yang menentukan.... Asalnya planning nak pindah barang2.. minggu depan... tapi setelah berbincang dengan team... diorang ada hal yg perlu cuti pada 4hb Mei 2009... so, aku kenalah beralah.. aku bincang dengan hubby dan kebetulan dia tak jadi pegi kursus until 30 hb April... kitorang ambillah kesempatan tuk pindah barang hujung minggu ni...

Urusan lori.. InsyaAllah dapat by Ahad... cumanya aku terpaksa rushing untuk packing barang-barang... Moga aku diberikan kekuatan, kesihatan dan kesempatan melaksanakan urusan tersebut.

InsyaAllah, kami rancang pada hari sabtu mlm ahad (25hb April 2009) nak diadakan bacaan Yaasin sempena nak masuk rumah baru ni... Jemputan tak ramai, cuma adik beradik serta jiran-jiran di rumah baru... Maybe lepas solat Isyak, bolehlah dimulakan... Di sini, saya mengambil kesempatan untuk menjemput tuan puan, adik kakak abang, anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa yang sudi dan yang berkesempatan untuk turut menyertai majlis bacaan Yaasin di rumah kami bernombor 18. Harap dapat meluangkan masa dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Doakan agar majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancarnya dan perpindahan kami sekeluarga ke rumah baru ini membawa seribu satu hikmah, kebahagiaan dan keceriaan. InsyaAllah...

Untuk majlis doa selamat masuk rumah, perancangannya dalam bulan Jun 2009. Lepas urusan kenduri kawin kat Kg Taiping... Harap-harapnya keluarga mertua boleh join la nanti majlis doa selamat tu...

2 ulasan:

  1. salam,
    kak puzi dah beli rumah ye...
    kat mana ye? bestnya...

    BalasPadam
  2. Salam Sue,

    Haah, dah pindah dah pun ke Taman Pinggiran Sekamat, Kajang. Alhamdulillah.

    Sudi-sudilah datang ke rumah erk.. Apa-apa pun, call dulu tau... :)

    BalasPadam