Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Rabu, Mei 20, 2009

Perabot baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Em, perabot baru dah tiba kat umah kecuali kabinet tv.. tiada stok, so kabinet tv kena tunggu until bulan depan... emmm, nak wat camner...

Here, gambar katil, sofa dan meja makan yang baru dpt... Alhamdulillah....






Amacam, ok tak?

Khamis, April 30, 2009

Perpindahan...

Assalamualaikum...

Kini bermulalah kisah hidup kami di rumah baru... Alhamdulillah, selesai sudah era perpindahan dari Bandar Tun Razak ke Taman Pinggiran Sekamat.

Barang-barang di rumah sewa semuanya telah dipindahkan... Rumah sewa berkenaan telah dibersihkan...siap cuci lagi.. kasi clear... Kabinet dapur yg dicadangkan untuk dijual juga telah ditempah oleh seorang makcik...Lega, selesai jugak...

Namun, barang-barang yang dipindahkan berkenaan masih belum berkemas di rumah baru.. Maklumlah, tak sempat lagi.. Aku lak keje... dengan Haziqah plak dah pandai mengada-ada sejak di rumah baru.. asyik minta perhatian, malahan akan merengek bila dia perasan yg dia keseorangan... seolah-olah ditinggalkan... Emmm, nak wat camner.. era penghijrahan pada dia, masih belum serasi lagi agaknya...

Dunia Haziqah kini di Taska Anna.. Dia masih belum menerima hakikat berada di taska... Pada mulanya, dia hanya menangis ketika balik sahaja kerana melihat ada di antara kawan-kawannya yg pulang awal, seawal jam 3.30 petang. Semalam dan hari ini, dia menangis setelah dihantar di awal pagi... Petang semalam, tika dijemput pulang dia kelihatan gembira... Ntah bagaimana pula petang ini... Harap-harap dia ceria seperti semalam....

Hari ini tugasan aku masih byk tertangguh... terutama untuk submit penyata LHDN... Aku telah cuba submit sejak sebulan yang lalu sebelum aku sibuk berkemas untuk berpindah rumah... namun hanya berjaya submit sehingga halaman ke-3 sahaja... Kini, di saat akhir agak payah untuk meneruskan tindakan.... Emm, apakan daya.. Ku tetap teruskan usaha.. InsyaAllah...

Rabu, April 22, 2009

Persediaan ke Rumah Baru...

Assalamualaikum...

Urusan di rumah baru tinggal beberapa item yang perlu diselesaikan... Kabinet dapur ada sikit defect kena diperbaiki.. defect tu kat belah dalam..bukannya kat belah luar... so, dari pandangan mata kasar.. tak de problem.. tapi bila jengah kat bawah tempat singki tu... ada gap yg membolehkan semut, cicak, lipas or cik ct lalu. Menakutkan!! Maklumlah aku ni penakut sket, opss... penggeli.. ehhehe...

Mulanya aku set appointment dengan tokey kabinet tuk perbaiki kabinet tu pada hari sabtu (25/04/09), tapi memandangkan ada pertindihan masalah... aku minta la tukar tarikh ke hari jumaat... tup2, pagi ni lak dia nak dtg umah tuk betulkan defect... mana boley... aku keje la... hubby aku pun keje... aku nak dia betulkan hari jumaat jugak..

Disebabkan kabinet dapur tu ada defect kat bawah singki, so.. nak pasang paiping tu dah tergendala... tensen betullah.. kalau tak, dah boleh proceed yang lelain...

Pemasangan langsir lak.. maklumlah.. bila drill pemasang railing langsir tu mesti akan menjadikan rumah aku yg dah basuh tu kembali berhabuk.... InsyaAllah, esok (23/04/2009) petang urusan pemasangan railing langsir dan langsir siap... Harap-harap takde masalah la hendaknya...

Laminate lantai tuk area hall dan dining... mulanya aku pun setkan juga hari sabtu ni.. tapi sebab aku plan nak cuti jumaat ni... aku sruh la diorang buat pemasangan hari jumaat.. Mr Andrew (agen floor depot yg aku deal) bagitau boley... cuma aku kena buat full payment by hari ni atau esok... emmm, risau gak bila kena buat full payment, sebab takut tiba harinya dia tak dtg2 pasang lak... Harap2 takde masalah la....

Antara perkara terakhir yg dah plan before masuk umah ialah pemasangan penapis air sukida... penapis air ni.. aku beli dari sepupu aku.... sebab byr cash.. dia bglah aku diskaun.. hehhehe.. yg ni dah plan tuk pasang hari sabtu... harap2 semuanya berjalan dengan lancar...

Bukan apa... aku dah beli dah penapis sukida cuma pasangnya kat kg melaka... then umah kakak aku pun dah pasang.. tiap2 minggu, aku gi amek air tu tuk minum kat umah... so, rasanya ada sket budget ni.. boleh teruskan usaha pasang kat umah baru... Moga air yg bersih bertambah bersih.. yang minum jadi sihat dan cergas...

Kita hanya merancang, Dia jua lah yang menentukan.... Asalnya planning nak pindah barang2.. minggu depan... tapi setelah berbincang dengan team... diorang ada hal yg perlu cuti pada 4hb Mei 2009... so, aku kenalah beralah.. aku bincang dengan hubby dan kebetulan dia tak jadi pegi kursus until 30 hb April... kitorang ambillah kesempatan tuk pindah barang hujung minggu ni...

Urusan lori.. InsyaAllah dapat by Ahad... cumanya aku terpaksa rushing untuk packing barang-barang... Moga aku diberikan kekuatan, kesihatan dan kesempatan melaksanakan urusan tersebut.

InsyaAllah, kami rancang pada hari sabtu mlm ahad (25hb April 2009) nak diadakan bacaan Yaasin sempena nak masuk rumah baru ni... Jemputan tak ramai, cuma adik beradik serta jiran-jiran di rumah baru... Maybe lepas solat Isyak, bolehlah dimulakan... Di sini, saya mengambil kesempatan untuk menjemput tuan puan, adik kakak abang, anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa yang sudi dan yang berkesempatan untuk turut menyertai majlis bacaan Yaasin di rumah kami bernombor 18. Harap dapat meluangkan masa dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Doakan agar majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancarnya dan perpindahan kami sekeluarga ke rumah baru ini membawa seribu satu hikmah, kebahagiaan dan keceriaan. InsyaAllah...

Untuk majlis doa selamat masuk rumah, perancangannya dalam bulan Jun 2009. Lepas urusan kenduri kawin kat Kg Taiping... Harap-harapnya keluarga mertua boleh join la nanti majlis doa selamat tu...

Rabu, April 15, 2009

Kabinet dapur...

Assalamualaikum...

InsyaAllah hari ini kabinet dapur akan dipasang... Mujur lah Melaka Bandaraya Bersejarah membenarkan hubby aku cuti... tuk monitor pemasangan kabinet dapur ini... Alahai, kabinet dapur umah ni biasa aje.. cuma, ianya adalah item ke 2 akhir persediaan melangkah ke umah baru... hehehe...

Harap-harap takde masalah la hendaknya.. maklumlah.. aku keje... berdebar debar lak rasanya.. ish... ptg ni, rasanya lepas keje... maunya aku terus ke sana.. naik komuter pun naiklah... hehehe... emm, lupa la tgk view thru phone...

Kalau ikut planning.. by hujung minggu ni hampir 90% kepentingan sebelum masuk umah ni dah siap.. so, bolehlah aku setat packing packing dengan lebih serius...emmm... InsyaAllah sabtu atau ahad ni.. nak cuci-cuci...

Arghh... tak sabarnya nak masuk umah sendiri... JOM PINDAH!!!
:)

Jumaat, April 03, 2009

Grille dah pasang...


Assalamualaikum...

Kini, rumah aku dah siap bergrille... Alhamdulillah... lega dah... aktiviti pemasangan bermula dari jam 10 pagi until 9 malam... Kemudian dah siap, gi cari mangga kunci... last2 sebab dah lewat mlm, beli mangga tu kat Giant.. hehehhe...

Aku cuba servey tuk beli cat seliter tuk cover bhgn pintu stor.. tapi cat tu tak dijual lagi... last2 plan dengan hubby.. minta tolong dengan Ali...catkan bhgn sikit tu.. tapi kalau Ali byk cerita.. beli aje la cat kaler lain.. cat 1 atau 2 dinding... hehhehe... Bila hubby call tanya Ali... dengan upah tu... Ali tu setuju.. emmm.. sabar aje la...

Jubin tambahan tuk bhgn pintu stor yg dipindahkan dah beli... stok masih ada.. so, harga sekeping jubin tu RM1.90, 1 kotak tu ada 24 keping.. so sebab nak pakai 34 keping.. kena beli 2 kotak = 48 keping... so, kalau ada jiran2 yg tak berapa cukup jubin dapur tu.. leh la beli aje dariku.. hehehe...

So, aktiviti lepas ni.. mungkin kabinet dapur atau filter air (luar). Hujung minggu ni, nak balik kampung Taiping.. lama benar tak balik sana... plan plak dengan mertua.. trip ke Terengganu tuk tgk anak sedara baru... hehehe... JOM CUTI!!!

Ahad, Mac 22, 2009

Dah cerah...

Assalamualaikum...

Smalam, seharian berada di rumah baru...menemankan pemasang lampu while my hubby gi outstation kat Kuala Pilah...

by petang hanya tingkat bawah sahaja yang dah siap... itupun sebab beberapa lampu dijangka rosak.. rupanya kedudukan mentol 'lari' sket... so, lepas maghrib... diorang pun rehat dan lewat malam my husband pun tido sekali kat sana...

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar... terutama lampu jalan dah menyala... hehehhe... mak aku datang dari kampung.. sebab dia ada check up kat hospital dalam minggu ni... dia pun nampak seronok tgk umah tu dah cerah.... hehehe...

Hujung minggu ni dijangka pemasangan grille pula.. Look n see... :)

Khamis, Mac 05, 2009

Grille rumah aku...

Assalamualaikum...

Hari ni aku dah dpt quo dari Elegance Design Sdn Bhd. Hari tu secara rambang kiraan, harganya Rm5100, tapi setelah diukur pada petang ahad lepas... kini jumlah bayaran tuk grille umah baru aku jadi RM4990.. Alhamdulillah, kurang gak la dari Rm5000.. itupun tambah dengan beberapa item seperti pemegang besi kat tangga dan pintu keselamatan kat tangga (atas).. Gambar contoh tu adalah design grille wrought iron. bagi design mild steel, yg biasa la.. kotak2 tu...


Berikut adalah senarai quo yang dijanjikan;

Wrought Iron Promotion Design 2... Window RM 13, Door RM 18.80, comes with Solid Curves, Flowers, Anti-Rust undercoating, Various Wrought Iron Colour and 2K Gloss Coating.

Wrought Iron Grilles
Ground Floor
Casement Door
Sliding Door
Tingkap 1,2,3,4,5,6

Master Bed Room
Tingkap 1,2,3,4,5 kecuali tandas
Emergency Exit

Ruang legar
Tingkap 1
Emergency Exit

Mild Steel
Bilik Belakang
Tingkap 1,2

Dapur
Pintu ditutup plate 4 kaki

Bilik Atas 2
Tingkap 1 dan 2
Emergency Exit

Bilik Atas 3
Tingkap 1
Emergency Exit

Tandas 3 Unit
Hand Railing
Safety Door at stairs

Lepas ni apa lak erk? hehehe...